Teringatkan kawan sewaktu di Jengka 4.Lantas mendail nombor telef0n.Satu-satunya guru yang sering saya hubungi.Mengetahui khabar berita rakan-rakan di Jengka 4.Nana,merupakan rakan baik sewaktu di Jengka 4.Kenangan indah bersamanya begitu segar sekali.Saat diijabkabul dengan guru di sekolah yang sama amat mengembirakan hati.
Anak lelaki saya dijaga oleh kakaknya semasa saya mengajar di sana.Anak saya tidak lama berada dibawah jagaan kakaknya kerana kami telah mengambil keputusan untuk berpindah balik ke Segamat.Namun, keluarganya amat baik.Setiap kali ke Temerloh, ingin sekali ke rumahnya tetapihajat tidak kesampaian kerana kadang-kadang Nana balik ke Kelantan.Namun, Jengka 4, banyak meninggalkan kenangan manis.
Baru-baru ini, Nana memaklumkan bekas guru sekolah itu telah kembali ke rahmatullah sebelum umat Islam menyambut Hari Lebaran.Al-Fatihah ....cikgu Ishak.Mengenali cikgu Ishak sewaktu saya posting di situ.Orangnya tidak banyak bercakap tetapi sesekali bercakap sering membuatkan kami tidak kering gusi.Amat baik orangnya.
Nana juga memaklumkan bahawa cikgu Zulkifli juga telah kembali ke rahmatullah.Meninggal ketika tidur.Al-Fatihah.Kedua-dua cikgu ini amat baik sekali.Teringat saya sewaktu saya sedang sarat mengandungkan anak kedua.Tiba-tiba saya tidak mampu untuk berjalan.Ketika itu,saya mengajar di Tahun 1.Lantas, ketua kelas(lelaki) melihat pergerakan saya yang agak sukar lalu memanggil mereka berdua.Dengan langkah yang perlahan,saya bergerak ke surau sementara seorang guru lagi memanggil bidan kampung untuk membantu saya.Apabila semuanya sudah beransur baik,Guru Besar meminta tiga orang guru menghantar saya balik ke SMK Seri Jengka dengan diiringi sebuah kereta.Cikgu Zullah yang membawa kereta saya bersama-sama dengan Hisham dan Talib.Jasamu tetap saya kenang.
Berita pemergian mereka amat menyedihkan.Namun Allah lebih menyayangi mereka.Al-fatihah sekali lagi untuk dua insan yang pernah bersama sewaktu di Jengka 4.
Pena Kasih:Biarpun telah lama meninggalkan Jengka 4,tapi kenangan di situ tetap bersama saya.
No comments:
Post a Comment