Tok Mak keletihan melayan cucunya.
Hampir satu bulan lebih,Along tidak bersama kami.Tuntuan untuk belajar menjadi keutamaan.Untuk balik selalu adalah mustahil kerana tempat belajarnya jauh nun di utara.Kesempataan cuti sekolah dan juga cuti hari raya memberi peluang untuk dia bersama-sama kawannya pulang ke kampung melepaskan kerinduan.
Selepas subuh, kami bertolak untuk menjemputnya di Melaka.Buat pertama kali dia balik keseorangan tanpa ditemani saudara mara.Sebagai ibu sudah tentu kebimbangan tetap ada.Sebelum bertolak, saya menelefonnya mengingatkan dia agar menjaga diri sepanjang perjalanan balik.
Lebih kurang pukul 6.00 pagi, dia memaklumkan telah sampai di Seremban, sedangkan kami baru bertolak dari Segamat.Mengingatkan dia agar mencari tempat yang ramai orang untuk mengelak dari takut.Hampir satu jam juga dia menunggu kami.
Selepas sampai, saya terus mencari dia dengan berpandukan perbualan melalui HP.Emak turut sama serta dan sememangnya kami telah mengambil keputusan untuk ke Johor Bahru.Shopping sedikit untuk keperluan mereka berdua.Kami tidur di rumah adik di Bukit Mewah.Beliau juga turut sama ke JB untuk membeli keperluan anaknya.Pada tahun ini, kami beraya secara bersederhana sahaja.Mengutamakan keperluan anak sahaja.
Nampak di wajah dan badan Along yang agak susut sedikit.Dalam masa sebulan lebih, dia kesusutan sebanyak 6 kg.Rupanya dia begitu sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan.Mulalah dia bercerita itu dan ini.Saya membiarkan dia bercerita dan berkongsi pengalaman di sana.
Pena Kasih :Melepaskan kerinduan.Siap bawakan bunga api untuk adiknya.
No comments:
Post a Comment