Ramadhan tinggal sehari lagi.Hari ini,kami sekeluarga telah mengajak emak mentua,keluarga Aman dan keluarga Kak Long berbuka di rumah kami.Sebenarnya ,kami hendak mengajak mereka berbuka di awal Ramadhan dahulu tetapi disebabkan saya sibuk menghadiri kuliah,saya tangguhkan ajakan tersebut.
Apabila cuti sekolah bermula dan kebetulan Kak Long sekeluarga akan balik ke Segamat lalu saya terus mempelawa mereka berbuka di rumah kami.
Sejak awal lagi saya telah menyediakan segala kelengkapan untuk memasak .Tergerak hati ini untuk menyiapkan semua kelengkapan di sebelah pagi.Petang barulah saya bergerak memulakan operasi memasak.Syukur kerana Allah gerakkan hati ini kerana secara kebetulan air paip tidak ada.Namun, kami tidak menghadapi masalah kerana semua bahan-bahan telah saya basuh awal-awal lagi.Hanya tinggal masak sahaja.
Dengan dibantu oleh Along dan anak lelaki yang sememangnya begitu berminat dengan memasak, semuanya berjalan dengan lancar sekali.Pinggan mangkuk telah dibasuh oleh Along begitu juga anak lelaki yang menggoreng ayam memudahkan saya meneruskan operasi saya.
Hubby sibuk dengan memesin rumput dan mengemas kawasan luar rumah.Jam 6.30 pagi, hubby telah memesin rumput dan 7.30 pagi berhenti rehat untuk pergi bekerja.
Pena Kasih:Kerja yang berat menjadi ringan.............
No comments:
Post a Comment