Tuesday, September 14, 2010

SAHABAT LAMA


Hampir puluhan tahun juga tidak bertemu.Masing-masing membawa haluan sendiri.Selepas sahaja tamat darjah 6 di SK Bukit Hampar, tidak ada sebarang berita yang diterima.Hampir terlupa dalam ingatan ini.Namun begitu, hasrat untuk mencari teman-teman sekolah terungkai kembali setelah membuka akaun FB .Teman-teman yang pernah dikenali sewaktu di sekolah rendah dan menengah akhirnya dapat ditemui walaupun tidak semua.Syukur teramat sangat.

Hari ini,saya bersyukur kerana melalui laman FB juga saya dapat bersua muka dengan rakan sekolah rendah sewaktu dahulu.Hanya melalui hubbynya yang merupakan bekas guru pelatih MPKI dan mungkin juga tergerak jari-jemari ini untuk bertegur sapa yang menguraikan semuanya.Syukur sekali lagi kerana akhirnya dapat juga bertemu setelah sekian lama tercari-cari.Walaupun kampung halamannya tidak jauh dari kampung saya tetapi kesibukan masing-masing dengan tugas menyukarkan untuk bertemu.

Semalam, saya mengunjungi rumah teman saya (Zabedah) di Kg Alai.Nostalgia lama terukir kembali.Saat-saat di sekolah rendah......mengingatkan saya yang dikatakan kuat berlari dan mewakili sekolah dalam acara lumba lari.Itu hanya kenangan sahaja.

Hari ini, terima kasiih kepada En Kamarulzaman dan isterinya kerana sudi mengunjungi teratak kami.

Pena Kasih:Kenangan itu sungguh indah.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails