Tuesday, September 28, 2010

MAAF,CIKGU



Keputusan ujian PKBS telah dimaklumkan.Post-mortem juga telah dibuat.Pembetulan telah diberi bimbingan.
Hanya yang tercetus di mulut anak didik ialah,maafkan kami, cikgu.Kali ini, ada beberapa orang murid yang menyedari mereka tidak dapat menjawab soalan seperti yang diharapkan.Mereka menjawab ala kadar sahaja.Janji siap.
Akhirnya keputusan tidak seperti yang dijangkakan.Ada yang menunjukkan peningkatan yang agak baik dan memeranjatkan.Malah ada juga yang menjunam begitu jauh sekali.
Kami tidak baca, cikgu.
Hendak salahkan siapa?Seminggu sebelum itu, ulangkaji telah dijalankan.Mereka mampu menjawab soalan latihan yang diberikan.Tapi yang begitu mengecewakan ialah apabila soalan senang tidak dapat dijawab .

Itulah gelagat anak-anak didik.Kesabaran amat penting.Melayan kerenah mereka seperti anak sendiri.Hari ini,saya biarkan mereka sendiri membuat pembetulan setelah perbincangan diadakan.
Mereka bergerak secara berkumpulan dan membuat pembetulan tanpa diarah.Saya perhatikan gelagat mereka.Beginilah anak-anak sekarang.Mereka perlu diberi perhatian dan bimbingan.
Mereka teralpa seketika.Banyak yang saya pelajari daripada mereka.Saya sering berdamping dengan mereka malah ada diantara mereka suka bercerita.Kasihan pun ada.Masalah rumahtangga,memberi satu tamparan kepada anak-anak.

Adakalanya kelihatan kejernihan air mata bergenang di kelopak mata.Saya biarkan dia melepaskan apa yang terbuku di hati.Akhirnya, dia akan datang sendiri bercerita.Itulah kanak-kanak.Mereka mempunyai perasaan.

Pena Kasih :Cikgu sayang kalian.........seperti anak cikgu.Kemarahan cikgu kerana cikgu hendak mendidik kalian.Maafkan, cikgu.


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails