Tuesday, September 21, 2010

INGIN TAHU

Sedang menyiapkan fail pencerapan dan pemantauan guru,menerima satu panggilan yang tidak dipastikan daripada siapa.Maklumlah apabila tidak memakai 'spec' terus sahaja terima call tanpa meneliti nombor.Apabila usia meningkat penglihatan menjadi semakin kurang.

Mendengar suara ............tidak mengenali.Akhirnya dimaklumkan bahawa beliau ialah 'Sutiman' yang pernah bersekolah di Batu Anam dan merupakan kawan Fatimah dan Fazi.Beliau membaca coretan saya berkaitan dengan Lui Selatan.Teringat raya kedua,kami sekeluarga berkunjung ke sana.Hanya setahun sekali sahaja kami berjumpa.Beliau pernah ke Lui Selatan iaitu rumah kakaknya yang tidak jauh daripada rumah emak saudara saya.

Kami berborak seketika.Terima kasih kepada En Sutiman kerana mengikuti blog saya.

Pena Kasih:Kadang-kadang dengan membaca blog, kita dapat berjumpa dengan rakan-rakan tanpa diketahui.

2 comments:

Sutiman Kemin said...

Amat mudah mengikuti gerak tari blog ini kerana diri seakan berada di situasi yang sama. Tapi, susah pulak meletakkan diri bila memasuki blog kamil61 tu. Mungkin jarak usia membezakan pemikiran kita.

PENA KASIH said...

Blog kamil61......ada yang meminati mengikuti blog kerana cara penulisannya.Blog saya lebih bersantai dan bahasa yang mudah.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails