Tuesday, March 9, 2010

GILIRAN BERTUGAS

Hari ini menerima surat meminta agar menyediakan senarai tugas guru-guru semasa cuti sekolah.Sememangnya,kami tidak mempunyai masalah untuk meletakkan siapa yang bertugas sepanjang cuti persekolahan.

Saya telah menyediakan jadual tugasan GPK untuk bertugas dari 13-19 Mac ini.Setiap GPK bertugas 2 hari sahaja dan saya mengambil giliran pada hari Khamis dan Jumaat.Walaupun bertugas dua hari tetapi biasanya kami tidak mengambil kira dengan jadual tersebut.Ada kerja datang ke sekolah dan membereskan kerja-kerja yang sepatutnya.

Namun, semalam saya menerima panggilan telefon untuk memaklumkan mengenai giliran bertugas dari guru sekolah lain.Kenyataan yang diterima bersifat umum dan sekolah kami telah menetapkan hanya GPK sahaja yang bertugas dan guru-guru lain bercuti sambil menyiapkan kerja masing-masing.

Sehari di sekolah memang tidak mencukupi untuk membereskan kerja-kerja.Ada sahaja maklumat yang perlu disiapkan.Cuti ini, saya gunakan untuk menyediakan post-mortem UPPM 1 bagi murid-murid UPSR.Maklumat telah diperolehi dan ini memudahkan saya menyediakannya.

Pena Kasih:Masing-masing tahu tugas yang perlu dijalankan.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails