Sunday, March 21, 2010

PEMANDUAN BERHEMAH


Perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Segamat pada hari ini menyaksikan tiga kemalangan berlaku.Hujan lebat yang turun sehingga mengganggu pemanduan hari ini,Namun,tidak semuanya memandu dengan lebih berhati-hati.Masing-masing memandu tanpa mengira keselamatan diri sendiri mahupun pengguna jalan raya yang lain.

Saya tertarik dengan sebuah kereta yang memandu dengan berhati-hati malah seperti bersantai.Malah, dia tidak mempedulikan pemandu yang memotong keretanya bertalu-talu.Mungkin dia merupakan pemandu yang berhemah apatah ketika hujan turun dengan lebatnya menghadang pemandangan depan.

Apabila memandu dalam suasana yang sejuk, sudah tentu mata akan mengantuk.Sambil berbual-bual dan mengingatkan suami agar memandu dengan lebih berhati-hati.Tiba-tiba kami dikejutkan dengan sebuah kereta yang terbabas lalu menghala ke arah penghadang jalan tetapi sempat membelok dan memasuki lorong laluan kami.Tetapi disebabkan suami memandu dalam keadaan yang lebih berhati-hati dan perlahan berjaya mengelak kereta tersebut.Kami dapati pemandu itu merupakan seorang pemuda yang memandu kereta yang sudah 'botak 'tayarnya.Mungkin jalan licin dan dia terbabas ke tepi.

Tidak jauh dari kejadian tersebut, kami dikejutkan pula dengan satu lagi kemalangan iaitu melibatkan sebuah bas yang membawa penumpang terjunam ke dalam parit.Siapakah yang bersalah tidak diketahui.Ramai penumpang mungkin trauma dengan kejadian tersebut dan ada yang terduduk di celah-celah pokok di tepi jalan.Di seberang jalan di tempat yang sama pula ada juga berlaku kemalangan yang melibatkan kereta.Mungkin jalan terlalu licin dan memandu terlalu laju mengundang kepada kemalangan.Sayangilah nyawa sendiri dan orang lain.

Pena Kasih:Bersyukur kerana selamat sampai ke destinasi.


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails