Thursday, March 18, 2010

HOBI



Minat kepada bunga khususnya bunga orkid amat digemari oleh emak saya.Sebut sahaja tempat yang ada menjual bunga orkid ,sudah tentu emak dan ayah akan pergi.Mereka pernah pergi ke Selancar,Kluang, Melaka dan Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan bunga kegemaran mereka.

Minat itu berterusan sehingga kini.Setiap kali ada pesta bunga orkid mereka tidak melepaskan peluang untuk pergi.Sewaktu saya mula berpindah rumah pada tahun 2001,tempias minat kepada bunga orkid juga berlaku pada diri saya.Namun,saya tidaklah seperti emak saya.Minat juga pada bunga tapi jagaannya tidak seperti yang dilakukan oleh emak dan ayah.

Di rumah, saya juga ada menanam bunga orkid tetapi apabila di letakkan di tempat yang panas, mulalah daun-daunnya bertukar warna dan tidak sesubur seperti bunga yang ditanam oleh emak.Malah ada mengajar saya jika hendak melihat pokok orkid berbunga, bercakap-cakaplah dengan pokoknya.Pokok juga memerlukan belaian daripada kita.Mungkin ada kebenarannya.

Setiap pagi, jika waktu cuti saya sering melihat emak akan sentiasa dengan bunga orkidnya.Kini , bila cuaca panas, emak terpaksa mengalihkan pokok-pokok tersebut agar tidak layu dan mati kerana tidak tahan dengan cuaca yang panas.
Apabila melihat pokok-pokok orkid emak berbunga, mulalah saya bersemangat untuk menjaga orkid saya yang seperti "hidup segan mati tak mahu'.

Pena Kasih:Setiap kali melihat bunga, fikiran menjadi tenang.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails