Tuesday, March 2, 2010

TEMPAT PERTAMA

Sempena sambutan Maulidur Rasul yang disambut di peringkat mukim Gemereh baru-baru ini telah memberi ruang kepada beberapa orang penduduk kampung saya menyertai aktiviti yang dijalankan.Anak perempuan saya juga tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti menulis tulisan jawi daripada artikel yang diberikan.

Ternyata pernyataannya tidaklah sia-sia sebaliknya memberi ruang kepadanya menulis jawi yang mungkin telah ditinggalkan beberapa tahun yang lalu.Minatnya pada tulisan jawi bermula semasa di sekolah tadika dan banyak aktiviti disertainya.Bukan hadiah yang menjadi 'target' utamanya sebaliknya dia berusaha untuk memastikan yang dia mampu menyaingi mereka yang lebih berpengalaman dalam penulisan jawi.

Pena Kasih:Sentiasa memberi dorongan setiap kali aktiviti yang disertainya.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails