Aksi murid-murid tahap 1.
Perhimpunan singkat pagi ini dihidangkan dengan persembahan 'Action Song' oleh murid-murid tahap 1 untuk dipertandingkan dalam karnival Bahasa Inggeris.Kalau sebelum ini, SKCC menyertai pertandingan 'coral speaking' tapi pada tahun ini,pihak sekolah memberi peluang kepada murid tahap 1 untuk menyertainya.
Persembahan yang agak menarik dengan keletah murid-murid darjah 1 hingga 3 telah mencuit hati pelajar lain.Persembahan ini adalah dibawah kelolaan Pn Tong Ah Lan dan juga Pn Lim.
Kemudian,panatia Bahasa Inggeris juga telah menyampaikan beberapa hadiah kepada para pemenang yang menyertai acara kuiz.Tahniah kepada Panatia Bahasa Inggeris yang menjalankan beberapa aktiviti untuk murid-murid sekolah ini.Begitu juga dengan panatia lain yang mempunyai program tersendiri yang kadang-kadang digabungkan dengan Pusat Sumber sekolah.Justeru,peranan panitia amat penting bagi memastikan segala program dijalankan dengan lancar dan berkesan khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah ini.
Kini, program anti dadah juga sedang berjalan dan di bawah kelolaan Cik Wan dan AJKnya.Nampaknya banyak program dijalankan untuk pelajar-pelajar dan sekurang-kurangnya memberi peluang kepada semua pelajar terlibat.
Hari ini memang agak sibuk.Menyediakan surat untuk kelas tambahan semasa cuti sekolah ini dan juga menyediakan satu senarai tindakan yang perlu diambil oleh semua guru sepanjang bulan Mac.
Pena Kasih:Pastinya saya gembira kerana anak-anak murid tahun 3 lulus semua subjek yang saya ajar.Walaupun mereka merungut kerana sering memberikan kerja yang banyak tapi mempunyai niat yang baik untuk melihat anak-anak didik berjaya.

No comments:
Post a Comment