Wednesday, March 3, 2010

HARAPAN


Murid-murid bersungguh menjawab soalan peperiksaan.
Hari ini merupakan hari terakhir murid-murid SKCC menduduki PKBS dan UPPM 1.Jelas di wajah mereka rasa gembira setelah tiga hari bertungkus lumus menjawab soalan.Menguji minda mereka setelah hampir dua bulan lebih bersekolah .

Melihat keupayaan mereka memahami sesuatu topik itu atau mereka perlu diberikan bimbingan agar dapat menjawab soalan dengan lebih mantap lagi.Penilaian pertama ini adalah untuk memastikan mereka boleh menjawab soalan-soalan berdasarkan daripada sukatan .Melihat kemantapan mereka menjawab soalan yang diberikan.

Jika dilihat kesungguhan dan ketekunan mereka menjawab, insya Allah mereka mampu melakukannya.Dua kertas soalan telah ditanda oleh saya dan bersyukur kerana semuanya lulus.Mudah-mudahan kejayaan mereka ini, memberikan semangat kepada pelajar itu sendiri untuk maju ke depan.Memang tidak dinafikan mereka sentiasa dileteri oleh saya sekiranya mereka gagal menyiapkan kerja-kerja yang diberikan .Setiap hari, nama mereka akan dipanggil jika gagal menghantar buku malah surat komunikasi untuk ibu bapa akan diberikan bagi memastikan anak-anak mereka membuat kerja.Tidak mempunyai niat apa, tapi bangga sekiranya mereka berjaya atau menyiapkan kerja-kerja yang diberikan.

Harapan seorang guru ialah untuk memastikan anak-anak didik berjaya.Harapan seorang ibu juga ingin melihat anak mereka berjaya.

Pena Kasih:Sentiasa memastikan murid-murid yang gagal menyiapkan kerja dapat melaksanakan tugasan dengan memberi masa untuk menyiapkannya.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails