Sunday, March 7, 2010

SEKITAR PERKAHWINAN ANAK SAUDARA

Semoga perkahwinan Zatil dan Fadhil berkekalan.Amin
Rileks sekejap sementara pinggan belum ada untuk dibasuh.


>Hubby dan abang sedang menghidupkan api untuk menjerang air.
Sudah dua hari menyepi diri daripada menulis dan melihat blog.Terlalu sibuk.Sibuk dengan majlis perkahwinan anak saudara di Johor Bahru.Memang meletihkan.
Bersyukur kerana majlis berjalan dengan lancar dalam keadaan cuaca yang agak terik.Selera makan berkurangan tetapi air menjadi keutamaan.
Ramai saudara mara dari Segamat turut hadir di majlis tersebut.Meriah sekali.Sepanjang majlis tersebut,kami menetap di Taman Bukit Mewah di rumah adik.Selesa dan yang pastinya rumah tersebut tidak jauh dari rumah Kak Long.
Kawan-kawan emak dari Batu Anam turut hadir menerima jemputan daripada emak.Saudara mara yang memang jarang ditemui juga turut hadir.
Saya ditugaskan untuk menyambut tetamu.Ramai tetamu yang hadir.
Hubby dan Aman pula menjalankan tugas membasuh pinggan bersama-sama dengan anak lelaki dan emak serta emak saudara saya.Thanks kepada Azlan dan Mak Itam yang sanggup datang dari Segamat dan menolong kami.Hubby dan Aman begitu bersungguh-sungguh menjalankan tugas.Sementara Along pula ditugaskan menyediakan air minuman untuk tetamu.
Masing-masing mempunyai tugas tersendiri.Tanpa disuruh mereka tahu melaksanakan tugas.
Sementara keluarga sebelah abang Yusof pula menjalankan tugas menyediakan makanan untuk tetamu.Syukur semuanya beres sehinggalah kerja-kerja gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran rumah pengantin.

Pena Kasih:Semoga Zatil dan Fadil hidup aman dan bahagia dalam menempuh alam rumahtangga.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails