Tuesday, March 23, 2010

MEMBANTU ANAK MURID

Telah hampir tiga bulan,murid-murid tahun 1 bersekolah.Program Linus telah dijalankan untuk mengesan murid-murid yang masih belum menguasai membaca dan mengira.Murid-murid yang seramai 32 orang ini , sudah tentu mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza.Setelah ujian linus dijalankan hanya 14 orang yang berjaya menguasai keseluruhannya, 9 orang pula
berada dalam kelas linus biasa dan 9 orang lagi berada dalam linus tegar.Mereka ini memerlukan perhatian yang lebih sedikit daripada 23 orang murid tersebut.Insya Allah dengan bantuan Pn Zaharah yang merupakan guru pemulihan ,murid-murid ini akan mampu menguasai membaca dan mengira.

Hari ini, sekolah telah menerima kehadiran sister Winnie yang bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah.Daripada 9 orang murid linus tegar, Pn Zaharah telah menyerahkan seramai 4 orang murid kepada Sister Winnie untuk dipulihkan dengan teknik dan caranya tersendiri.Namun, saya tidak berpeluang untuk menyaksikan kaedah yang digunakan oleh Sister Winnie dalam usaha untuk membantu murid-murid tersebut.Hari ini, dengan kelas yang banyak diikuti kerja-kerja pentadbiran yang perlu dilaksanakan menyebabkan saya terlepas peluang untuk bersama dengan Sister Winnie.Beliau akan ke sekolah kami, setiap hari Isnin dan Selasa.Mengambil masa sejam sehari untuk bersama-sama dengan murid-murid tersebut.

Pena Kasih:Bukan senang untuk memastikan anak-anak murid yang lemah menguasai kemahiran membaca dan menulis.Kemahiran dan kaedah yang digunakan oleh guru amat penting untuk menarik minat murid-murid.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails