Emak turut sama membantu menyiapkan pahar.
Ke Johor Bahru lebih kurang jam 5.30 petang.Perjalanan yang agak lancar dengan suasana yang panas.Tapi bersyukur kerana sampai dengan selamatnya.Terus menuju ke rumah Kak Long yang akan mengadakan majlis perkahwinan puterinya.
Setibanya di sana, orang sudah ramai dan kami tidak lama berada di situ kerana ke rumah adik di Taman Bukit Mewah.Bersolat dan mandi.Kemudian ke rumah kak Long semula untuk menyiapkan kerja-kerja menghias pahar telur untuk diletakkan di pelamin.
Sempat juga saya melihat mak andam membuat pelamin.Agak simple tetapi menarik.Kreatif dan hubby juga begitu berminat dengan pelamin tersebut..............mulalah teringat semasa dahulu.
Merakam gambar suasana di malam tersebut.Minat katakan..........
Pena Kasih:Suka tengok mereka menghias pelamin.
No comments:
Post a Comment