Thursday, March 4, 2010

MENUNTUT JANJI...........


Dua hari yang lepas,kami ke rumah Apiz.Kehadiran kami tidak disambut oleh Apiz seperti biasa.Sebaliknya Adif menyambut kami.Kami biarkan Apiz dengan sandiwaranya dan ingin melihat sejauh mana kerasnya hati Apiz.Sebaliknya kami lebih banyak menghabiskan masa dengan Adif sahaja.

Selalunya dia akan menegur Pak Udanya.Bertanya itu dan ini.Kali ini dia bersahaja aje.Kami membiarkan dia dengan caranya itu.Ingin melihat sejauh mana dia bersikap seperti itu.
Akhirnya persoalan terjawab apabila dia menuntut janji hendakkan permainan.Kami sengaja tidak membelikan permainan kerana acapkali itulah permintaannya.Sebaliknya kami meminta dia melihat buku bergambar.Minatnya pada buku tidak seperti adiknya,Adif.Malah,adiknya lebih telah kenal nombor 1, 2 ,3 dan 9.Berbeza dengan Apiz yang lebih menggemari permainan dan rancangan kartoon.

Itulah alam kanak-kanak yang lebih kepada bermain.Tiada apa yang difikirkan melainkan permainan sahaja.Kami selalu juga membelikannya permainan tetapi dia tetap menuntut permainan setiap kali ke rumahnya.

Pena Kasih:Permainan Haziq semasa kecil tetap tersimpan kemas di dalam almari.


No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails