Sunday, March 28, 2010

VIRUS


Satu keluarga demam bermula daripada suami, anak lelaki dan seterusnya saya.Keadaan ini telah bermula sejak hari Jumaat lagi.Rasa ketidakselesaan badan sudah bermula sebaik sahaja pulang dari sekolah pada hari itu.Digagahi juga untuk membantu menyediakan makanan di masjid.

Balik sahaja dari masjid terus kecundang.Tekak perit,kepala berdenyut-denyut lalu menelan panadol untuk melegakan keadaan.Namun,ia masih berterusan.Malamnya,hubby membawa saya ke klinik.Setelah menerima rawatan dan memakan ubat yang dibekalkan dapatlah menghilangkan rasa ketidakselesaan buat seketika.Kini, ubat telah habis tapi saya masih tidak selesa.Demam, selesema dan batuk berterusan.Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengambil cuti pada hari ini.Merehatkan badan dan akan ke klinik lain pula.Hubby memang faham, jika saya ambil cuti bermakna demam saya agak kuat.Jika tidak saya lebih suka bekerja daripada duduk sahaja di rumah.Badan terasa lemah sangat.Banyak menghabiskan masa dengan berbaring sahaja.

Bila demam, saya memang agak teruk.Jika tidak saya memang tidak mengenal erti penat.Ada sahaja kerja yang saya buat.Bila sudah tidak sihat, semuanya terbiar begitu sahaja...

Pena Kasih;Kekuatan diri amat penting dalam menghadapi situasi seperti ini.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails