Wednesday, February 10, 2010

HADIAH LAGI.....


Setiap kali acara sukan diadakan, nama saya mesti diletakkan untuk bahagian hadiah.Kali ini bertugas bersama-sama dengan Kak Ros.Semuanya telah saya periksa setelah guru besar sendiri yang membuat tempahan hadiah berbentuk medal.Rileks sedikit kerja saya.Hanya perlu memastikan hadiah yang dipesan mengikut apa yang telah ditempah.

Semuanya telah saya 'check'agar tidak ada yang tidak mendapat hadiah setelah berpenat lelah bersukan.Sebabnya esok saya terpaksa menghadiri satu taklimat Linus di SMKA Segamat di sebelah pagi.Kemudian, saya meminta kak Ros memastikan meja untuk hadiah disediakan pada hari esok.

Cenderamata untuk perasmi telah diuruskan oleh Kak Ros.Thanks kak Ros.Kerjasama Kak Ros amat dihargai kerana kak Ros sering tiada kalau tiba hari sukan.Tapi kali ini,Kak Ros ada, So kita agihkan tugas.


Pena Kasih:Harap semuanya berjalan dengan lancar.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails