Sunday, February 7, 2010

LATIHAN SEPENUHNYA....

Latihan lari berganti-ganti 4 x 100m.
Pergerakan latihan perbarisan pada hari ini amat menarik sekali.
Apalah yang dibincangkan oleh tiga orang guru tu.Memikirkan ramai guru tidak ada pada hari tersebut.
Pn Hjh Ruhana pula pening kepala kerana pada hari sukan beliau tidak dapat turut sama kerana menghadiri mesyuarat Guru Cemerlang.Rumah Zamrud bangun walaupun cikgunya tiada.
PnTong dan Pn Lim sedang berbincang dan memasang strategik bagi memastikan pasukan mereka menang.
Juru acara sukan Pn Norlela sedang menjalankan tugasnya sementara En Supian memastikan semuanya dapat dilaksanakan mengikut apa yang dirancang.

Cikgu Ali tersenyum melihat semuanya berjalan dengan lancar.





Hari ini, satu latihan penuh telah dijalankan bagi memastikan perjalanan sukan yang akan diadakan pada hari Khamis berjalan dengan lancar.GPK KK yang diketuai oleh En Ali bin Yusof turut sama menyaksikan latihan tersebut.Cuaca yang agak baik pada pagi ini sekurang-kurangnya dapat membantu melicinkan perjalanan latihan pada hari ini.

Setiausaha sukan (En Supian bin Hashim) turut sama untuk memastikan agar semuanya dapat dilaksanakan dengan baik.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails