Sunday, February 7, 2010

MENZIARAHI (2)


Semalam,saya bersama-sama dengan emak,ayah dan adik ke Alor Gajah buat kali kedua.Menziarahi mak ngah yang sedang sakit.Kehadiran kami disambut dengan senyuman oleh Mak Ngah yang ketika itu duduk di ruang tamu.Tiada sepatah perkataan yang meluncur keluar daripada mulut Mak Ngah.Mak Ngah memerhati sahaja kehadiran kami.

Kalau dahulu, Mak Ngah tidak berhenti-henti bercakap.Tapi kali ini, kami merindui suara Mak Ngah.Hanya lirikan mata memandang kami seorang demi seorang.Anggukan dan gelengan kepala sahaja apabila kami memberikan makanan dan minuman kepadanya.

Kali ini, hubby tidak mengikuti kami.Anak kedua kami menghadiri 'tuition class' dan menguruskan kedua-dua orang anak kami.

Hari ini, saya dan hubby ke Tangkak.Mengambil keputusan setelah selesai mengemas rumah dan mengambil anak dari 'tuition class'.Ingatkan nak pergi ke Muar atau Melaka tapi sampai di Tangkak kami mengambil keputusan hanya di sini destinasi kami.Sempat juga saya memborong beberapa helai kain pasang.Suami yang beria-ia hendak ke kedai buku di Melaka dan Muar tidak dapat memenuhi impiannya kerana kami akan ke JB pada cuti Tahun Baru Cina.So, saya suruh dia beli buku di sana sahaja nanti.Banyak pilihan.

Pena Kasih:Mendoakan agar Mak Ngah cepat sembuh dan mendengar dia bersuara.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails