Saturday, February 20, 2010

MENAHAN KESABARAN.....

Sampai sahaja rumah,pastinya saya dan hubby akan meninjau kawasan sekeliling rumah.Memang itu rutin kami setiap kali balik dari berjalan jauh.Ada sahaja yang menimbulkan ketidakpuasan hati setiap kali kami balik.Tidak menghormati hak orang lain.Tempat atau padang untuk bermain memang telah hubby sediakan untuk mereka bermain.Dua minggu sekali, hubby akan bersihkan kawasan tersebut dengan memotong rumput bagi memastikan mereka dapat bermain.Apa lagi yang mereka mahukan?Saya faham mereka tiada tempat untuk bermain pada waktu petang tapi sekurang-kurangnya fahamilah apa yang kami mahukan.

Setiap kali bermain, Haziq sering mengingatkan kawan-kawannya supaya menjaga kebersihan kawasan tersebut.Kadang-kadang kami hilang kesabaran.Bebas untuk memasuki kawasan rumah dan merosakkan pintu pagar kami.Habis lampu-lampu nion kuning kami pecah,gara-gara bermain mengikut perasaan.Kami masih bersabar.Dahlah waktu bermain, perkataan-perkataan yang agak jelik didengar terpacul keluar daripada mulut mereka.Kadang-kadang saya sendiri keluar dan menegur mereka .Seminggu dua , tidak ada perkataan jelik keluar daripada mereka.Apabila tidak ditegur bermaharaja lelalah mereka mengatur butir bicara melemparkan perkataan-perkataan yang tidak enak kepada rakan-rakan.MasyaAllah.......bilalah mereka hendak berhenti mengeluarkan kata-kata itu.

Apabila sudah melampui batas cukup saya berdiri dan memandang wajah-wajah mereka termasuk anak saya yang sememangnya agak takut apabila mereka melihat saya tercegat memandang wajah rakan-rakannya.Anak saya sememang tidak berani mengatur bicara mengeluarkan kata-kata itu dan seawalnya saya memang telah memberi amaran kepadanya."Mama tidak pernah mengajar anak-anak mengeluarkan perkataan seumpama itu.So, jangan sekali-kali anak mama berbuat demikian."Setiap kali, rakan-rakannya mengeluarkan perkataan yang tidak enak didengar, Haziq begitu takut jika saya mendengarinya.Haziq selalu menasihatkan rakan-rakannya supaya bercakap dengan baik.Namun, semuanya gagal.Mereka sudah biasa dengan perkataan itu tanpa ditegur oleh sesiapa.

Pena Kasih:Nasihat demi nasihat dilontarkan kepada kedua-dua anak agar jangan sekali-kali menyebut perkataan yang tidak enak didengar.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails