Wednesday, February 3, 2010

CUACA


Keadaan cuaca yang agak panas sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan kita.Mudah mendapat penyakit terutamanya demam.Haziq keletihan setelah menjalani beberapa sesi latihan sukan di sekolahnya.Keadaan cuaca yang panas, sedikit sebanyak mengganggu ketidak selesaannya.Namun, Haziq akur dengan keadaan sekarang.Bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan.

Selalunya, selepas latihan sukan, dia tetap bermain bola di kawasan rumah.Semalam,Haziq mengalah kerana kelibatnya tidak langsung nampak di padang kecil di rumah kami.Dia terlalu letih dan hanya melihat kawan-kawannya bermain dari celah tingkap rumah kami.Dia menyiapkan kerja-kerja sekolahnya.

Malam, Haziq meminta izin ayahnya untuk membaca buku yang ringan-ringan sahaja.Saya faham dia terlalu letih.Kami membiarkan dia membaca buku KH.Akhirnya, Haziq terlelap bersama-sama dengan buku KHnya.Sebelum tidur, dia meminta ayahnya mengejutkannya pukul 5.00 untuk membuat ulangkaji.Keletihan melebihi keinginannya untuk membaca.

Bukan Haziq sahaja yang mengalami keletihan, kami juga turut sama terkena tempiasnya.

Pena Kasih:Bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan kepada kita.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails