Program nilam merupakan salah satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan tujuan untuk memupuk semangat sukakan buku.Menerapkan minat membaca di kalangan murid bukanlah sesuatu yang mudah sebaliknya memerlukan pelbagai inisiatif bagi memastikan semua murid teruja untuk menggunakan perpustakaan sebagai satu tempat bagi mereka mendapatkan info.
Hari ini, dengan kerjasama panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah menjalankan program tersebut.Semua guru berkumpul di perpustakaan dengan tugas masing-masing.Pelbagai aktiviti diadakan seperti mencari maklumat, membaca buku cerita, mencatat maklumat, kuiz dan sebagainya.Nampaknya, mereka begitu berminat sekali dengan aktiviti yang dijalankan.
No comments:
Post a Comment