Tuesday, February 16, 2010

DAMAINYA HARI INI.........


Alhamdulillah,akhirnya setelah beberapa bulan musim kemarau berlaku,hari ini kita dilimpahi dengan hujan.Syukur teramat sangat.Sekurang-kurangnya keluh kesah mereka yang tidak tahan kepanasan berakhir dengan ungkapan ucapan Syukur Alhamdulillah.
Begitu damainya hari ini,ketika saya menyiap dan mengemas kini fail-fail untuk dipantau oleh JPNJ pada awal bulan 3.Info yang tidak berapa lengkap diperolehi tetapi atas inisiatif sendiri menelefon kawan-kawan akhirnya dapat juga saya lakukan walaupun ianya tidak selengkap yang dikehendaki.Mungkin.
Sistem pengurusan fail memerlukan pemantapan pengetahuan untuk melakukannya.Saya yang masih terawang-awang kerana belum diberikan pendedahan selengkapnya untuk menyediakan sistem fail yang betul berusaha untuk mendapatkan maklumat.Walaupun bahan-bahan sudah ada tapi cara pengurusan sistem fail masih diperlukan oleh saya terutama di bahagian pentadbiran.
Namun, cuaca yang mendung dan dilimpahi dengan hujan, menyejuk hati dan perasaan.Betapa damainya hari ini tanpa sebarang gangguan.Alhamdulillah,beberapa fail dan maklumat telah lengkap saya sediakan.

Pena Kasih:Belajar dan terus belajar.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails