Thursday, February 11, 2010

PROGRAM LINUS

Hari ini, menghadiri satu taklimat berkaitan dengan LINUS untuk murid-murid Tahun 1 yang baru diperkenalkan.Pengesanan untuk kali pertama bagi semua murid akan bermula pada bulan Februari(secara Lisan) dan Mac(Bertulis).

Saya juga perlu memahami dengan jelas tentang program ini agar tidak menimbulkan sebarang masalah dan dipertanggungjawabkan menanggung risiko jika maklumat tidak tepat.
Satu taklimat perlu diberikan kepada semua guru yang terlibat dengan program ini.
Program yang bertujuan untuk memastikan tiada lagi masalah buta huruf di kalangan murid-murid sekolah dan mengatasinya dari awal lagi.Program yang bagus.

Sekolah saya yang hanya mempunyai 1 kelas sahaja mungkin memudahkan untuk menjalankan program tersebut tetapi perlu lebih berhati-hati kerana penumpuan bukan hanya kepada murid-murid perdana tetapi murid Linus perlu juga dibantu.

Pena Kasih:Masih mentelaah lagi apa itu Program Linus agar tidak mengelirukan.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails