Friday, February 5, 2010

BANYAK KETAWA MATI HATI..........


Dipetik daripada majalah Nur.Tertarik dengan petikan untuk dikongsi bersama.

"Suka dan duka begitulah warna kehidupan manusia.Kita menangis dan berhiba apabila berada dalam duka dan derita.Dan kita pasti ketawa jika riang dan beroleh segala yang diinginkan."

Memang begitulah manusia.Islam pun tidak pernah melarang umatnya yang mahu menyatakan rasa kegembiraan mereka dengan ketawa.Namun selaras sebagai agama unggul yang sarat dengan pelbagai adab dan disiplin,ada batas ketawa yang harus dipatuhi.Ini bukanlah sesuatu kongkongan sebaliknya menjadi panduan agar orang Islam tidak dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak."-(at-Taubah:82)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati."-Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi.

Hati yang sudah mati, akan memudahkan syaitan menakluki dan merajai diri,seterusnya akan membawa individu ke lembah hina dan menyeleweng daripada landasan kebenaran.
Jika hati sudah mati,punahlah keperibadian manusia.Malah jika hati sudah rosak, maka binasalah juga maruah diri.

Pena Kasih:Bila geli hati,ketawa juga tapi ada batasannya.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails