Thursday, February 11, 2010

BERAKHIRNYA SUKAN....

Hadiah disampaikan kepada para pemenang.
Sempat berposing bersama 'geng' saya.
Rumah Nilam Johan sementara Rumah Baiduri Naib Johan




Rumah Zamrud sedang bergerak memberi tabik hormat dengan gayanya tersendiri hasil cetusan guru-gurunya.
YB Encik Lau Chin Hoon sedang berbual sesuatu dengan guru besar.



Sukan tahunan sekolah kali yang ke-26 tamat jam 5.30 petang dan ianya berjalan dengan licin sekali.Dengan jumlah guru yang sedikit kerana beberapa orang guru terlibat dengan mesyuarat dan taklimat sedikit sebanyak mengganggu perjalanan hari sukan.Manusia merancang tetapi semuanya adalah ketentuanNya.Namun, bersyukur kerana semuanya berjalan dengan baik sekali.Komitmen yang padu di antara satu sama lain memudahkan segala yang dirancang dilaksanakan dengan baik.

Hubby juga diberi peluang untuk menjadi pengadil dan surat kepada majikannya juga telah dihantar tetapi kita merancang dan semuanya ditentukan olehNya.Di saat akhir,beliau terpaksa melunaskan kerja-kerja hakikinya terlebih dahulu dan terpaksa memohon maaf kepada pihak penganjur kerana gagal melaksanakan apa yang dijanjikan.

Hari sukan kali ini dirasmikan oleh YB Encik Lau Chin Hoon iaitu Adun Pemanis.Terima kasih kepada YB kerana sudi hadir dan merasmi langsungkan majlis tersebut.
Begitu juga kepada Pn Mona dan rakannya dari SK Kg Tengah yang sudi membantu sekolah kami kerana sememangnya kami memerlukan tenaga guru untuk menjalankan majlis itu terutamanya bahagian pengadil.

Walaupun cuaca agak panas, tetapi semangat yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan murid amat menggembirakan kami.Kehadiran mereka sudah cukup memeriahkan majlis tersebut.

Pada tahun ini, rumah sukan Nilam menjadi johan diikuti rumah Baiduri, Zamrud dan Delima.

Pena Kasih:Pagi menghadiri taklimat Linus, petang ada sukan.Sememangnya penat tapi gembira kerana dapat melaksanakan tugasan yang diberikan.



2 comments:

imahayad said...

Cepatnya masuk blog..., Letih tetapi seronok n enjoy. Hilang letih..

PENA KASIH said...

Ingat nak upload gambar lagi.Tapi dah kepenatan.Untuk anak-anak murid SKCC tengok gambar mereka.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails