Tuesday, April 19, 2011

TERSENTUH HATI..........

Setiap kali saya mengajar,sedikit sebanyak saya akan sentuh soal ibu bapa .Saya hendak mereka menghargai pengorbanan ibu bapa.Saya hendak mereka menghormati ibu bapa.Saya tidak mahu mereka menghancurkan harapan ibu bapa.

Tidak semua orang mendapat kasih sayang daripada ibu bapa.Ada diantara mereka kehilangan ibu bapa sewaktu kecil malah ada pula yang ditinggalkan oleh ibu dan ayah kerana masalah keluarga.Saya selalu melihat mereka yang ditinggalkan oleh ibu atau bapa mempunyai sikap memberontak.Ada sesuatu yang kurang dalam diri mereka.Mereka kurang belaian kasih sayang daripada ibu bapa.Mereka ketandusan kasih sayang daripada kedua-duanya.Saya fahami hati mereka.Saya tahu mereka dan pernah saya bertanya tentang keluarga mereka setelah saya lihat ada sesuatu yang tidak kena pada diri pelajar itu.Pelajarannya merosot malah ada kalanya tidak mahu hadir ke sekolah.Apabila saya tanya tentang 'ayah' berlinang air matanya.Saya selami perasaannya.Ya...dia rindukan ayahnya.Dia rindukan belaian kasih daripada ayahnya.Saya terharu..........

Baru-baru ini, seorang lagi pelajar kehilangan ayahnya.Ayahnya pergi meninggalkan dia untuk selama-lamanya.Saya lihat reaksinya............nampak bersahaja.Mungkin dia sudah biasa ditinggalkan oleh ayahnya......sehingga kini, saya lihat dia masih boleh menerima kenyataan .Jiwanya kental.

Dua situasi yang berbeza.Mereka kehilangan ayah dalam suasana yang berlainan.Yang mempunyai ayah, mereka akan menantikan kehadiran ayahnya.Ingin bersama-sama tapi mereka yang kehilangan ayah untuk selama-lama dapat menerima kenyataan.Semoga mereka tabah dan dapat menerima kenyataan sebenarnya.Biarpun sebenarnya hati saya mudah tersentuh melihat kedua-duanya.

PENA KASIH :Selagi ibu dan bapa ada,hargailah pengorbanannya.Sayang ayah dan emak .....

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails