Monday, April 4, 2011

BATUK

Selepas demam,batuk pula.Sedikit sebanyak mengganggu percakapan saya sewaktu mengajar anak murid.Saya tidak selesa...seperti ada something sedang menari-nari di tekak saya.Gatalnya...................tahan aja.

Hari ini mengajak mereka bersyair........dengan tekak yang gatal,bersyairlah juga saya.Sekurang-kurangnya mereka tahu apa itu syair.Tiga rangkap saya bersyair sambil menahan batuk.Tak kiralah sapa nak lalu luar kelas akan dengar saya bersyair.Sesekali mengeluarkan suara..............best juga.Sambil tersenyum-senyum murid mendengar saya bersyair.First time, dia orang tengok saya bersyair.Tak sedap pun suara tapi nak juga mereka tau lagu syair tu.......

Lepas tu, saya suruh beberapa orang murid mendendangkan syair.Ha......macam-macam yang saya dengar.Rakan-rakan ketawa melihat kawan mereka bersyair.Mana iramanya,.......entah.
Namun, saya puji mereka kerana ingin mencuba walaupun bunyinya tidak seperti syair.Dalam keadaan batuk sekali lagi saya memperdengarkan syair dan selepas itu sesi soal jawab berdasarkan petikan.Emmm ..kali ini anak murid mendengar dengan teliti sekali.Mereka takut melakukan kesalahan seperti selalu.........sayang kalian.


PENA KASIH:Jika batuk berterusan dan tiada suara, pengajaran tetap dijalankan.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails