Saturday, April 9, 2011

A PASSAGE A DAY

Sedikit demi sedikit dilakukan akhirnya akan bertambah banyak kita akan dapat/ketahui.Hari ini,my son diuji oleh ayahnya untuk membaca satu'passage'' dengan sebutan dan intonasi yang betul.Sebelum itu, ayahnya meminta saya membacakannya terlebih dahulu dan membetulkan kesalahan sebutan.Kami diberi peluang membaca menggunakan 'mic'.Kami ketawa kerana buat kali pertamanya kami diuji untuk membaca dan menyebut perkataan dalam bahasa Inggeris dengan betul.

Walaupun sebenarnya kami memang selalu berinteraksi dalam bahasa Inggeris.Biasalah campur-campur.Tapi kali ini, my son diminta untuk menyebutnya.Banyak kesalahan yang dilakukan oleh anak saya.Ternyata sebutannya kurang jelas dan terpaksalah ayahnya mengajarnya menyebut dengan betul.Rasanya tidak terlewat untuk dia belajar selagi kemahuannya ada.

Setiap hari, satu 'passage'akan dibaca oleh anak saya.Diuji dan yang pastinya kami mendengar dia membaca dan membetulkan.Lidahnya bergulung-gulung untuk menyebut perkataan yang sukar disebut.Saya terus memberikan pujian kerana keinginannya untuk belajar daripada ayahnya.Bukan ayahnya tidak mahu mengajarnya tapi biasanya anak susah untuk mendengar apa yang diajar sebaliknya lebih percaya kepada gurunya.

PENA KASIH :Tumpang semangkuk membaca sambil didengar oleh ayahnya.......

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails