Wednesday, April 6, 2011

LENA YANG TERGANGGU......


Emmmm.............selepas menghantar anak 'tuition',kami bergerak ke rumah emak saudara.Dah lama tidak menjenguk dia walaupun kami sering berjumpa dan berbual-bual di telefon.We are very closed with her.......dah anggap macam emak sendiri.Sewaktu emak sakit, dialah yang banyak membantu kami.

Lebih kurang pukul 9.15 bertolak dari rumahnya ke tempat 'tuition' untuk mengambil anak.Hampir setengah jam juga menunggu tapi oklah.At least,my son hendak belajar.Susah juga hendak mencari tempat tuition khususnya untuk tingkatan 4.Baru nilah saya dapat menghantar setelah bertanya kepada cikgu berkenaan.My daughter dulu pun tuition di tempat yang sama and my son kata dia faham dengan apa yang diajar oleh guru berkenaan.Hopefully dia akan mendapat sesuatu daripada apa yang dipelajarinya.

Dalam keadaan cuaca yang tidak tentu arah ni,kesihatan badan juga terganggu.Saya mengalami batuk yang agak teruk juga.Malam, hubby buka 'aircond'.Mostly every night kami buka 'aircond' dan yang parahnya saya.Sedikit sebanyak mengganggu kelenaan tidur saya.Akhirnya,saya tidak dapat tidur dalam keadaan yang selesa kerana batuk yang dialami.Malam-malam bangun cari ubat batuk dan terus minum............elok sekejap.

Petang semalam, terima called from someone yang saya tidak pasti daripada siapa.Meminta saya ke Golden Hope JB untuk menghadiri kursus Teknik Bercerita mewakili Bahagian Selatan.Emmm.......tergamam seketika kerana saya terpilih mewakili daerah Segamat tapi saya terpaksa menolak kerana memikirkan kesihatan dan juga saya perlu menyiapkan beberapa dokumen bagi pemantauan kolaborasi kepimpinan sekolah.Kalau tiga hari saya berada di sana, sedikit sebanyak terganggu juga kerja-kerja saya.Saya menolak secara berhemah dan beliau memahaminya.Thanks..............Sebenarnya satu kerugian bagi saya menolaknya tapi saya terpaksa kerana keperluan lain.

PENA KASIH :First time menolak kursus.........




No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails