Sunday, April 3, 2011

SEPETANG DI MELAKA





Sebenarnya kami merancang hendak ke JB pada minggu ini tetapi my MIL ajak ke Spang Loi menghadiri majlis perkahwinan saudaranya.Kami lupakan hasrat tersebut.Lantas, kami mengambil keputusan untuk ke Melaka pada hari Ahad.

Pagi lagi saya sudah menyiapkan menu makan tengah hari untuk ayah dan adik saya.Kebetulan emak tiada kerana menghadiri kursus di Melaka.So,lebih kurang pukul 9.00 pagi segalanya telah siap dan sementara menunggu hubby ke kebun meracun rumput-rampai ,saya meneruskan operasi mengemas rumah.

Lebih kurang pukul 11.30 pagi, saya bertolak meninggalkan perkarangan rumah menuju ke Melaka dan alhamdulilah perjalanan berjalan dengan lancar.Tempat pertama yang kami tuju ialah MITC.Sempatlah saya cuci mata melihat langsir-langsir yang telah dijahit dengan tawaran harga yang menarik sekali.Cadangnya nak beli tapi kemungkinan ada yang cantik lagi akan keluar untuk hari raya , so saya tidak jadi membeli pada hari ini.Sebaliknya saya memborong kain untuk kegunaan saya dan anak perempuan.Tak tau hendak beli yang mana kerana semuanya cantik-cantik belaka.Kalau ikut nafsu, semuanya hendak.Tapi saya perlu sedar kerana suami baru membelikan tiga helai kain..........tahan nafsu aja.

Selepas itu, kami ke Mahkota Parade dan cuci mata lagi.Cuci mata di kedai buku...borong buku........ada less lagi....seronok sama lessnya macam kat karnival buku di Segamat.Tapi banyak pilihan....tak sedar main angkut buku dan suami tersenyum melihat gelagat kami dua beranak memilih buku.....

Kemudian ke Dataran Pahlawan......cuci mata dan sempat lagi membeli beberapa helai baju..Kali ini,saya biarkan suami memilih bajunya pula...BATIK.

Lastly,kami ke Bandar Hilir sambil rehat-rehat dan ambil gambar.Biasalah, kalau dah minat ambil gambar apalagi kami berposing sakan.Suruh aja anak lelaki ambil gambar...suka dia.Mood baiknya pada hari ini.


PENA KASIH : Cuci mata dan cuci poket......

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails