Saturday, January 30, 2010

JOHOR BAHRU DESTINASI KALI INI


Semalam,kami ke Johor Bahru.Suami mempunyai urusan dan kami satu 'family' ke rumah adik ipar yang terletak di Bukit mewah.Bertolak jam 6.30 petang setelah anak habis kelas 'tuition' yang terletak di Bukit Hampar.

Syukur kami selamat sampai.Namun,kami menghadapi masalah dengan 'internet' yang terlalu lembab berfungsi.Suami memerlukan talian internet untuk menyiapkan kerja-kerjanya.Lantas, kami mengambil keputusan untuk menginap di hotel yang menyediakan kemudahan internet.

Pagi, saya terus bergerak ke rumah adik dan bertemu dengan emak dan ayah yang turut sama pergi ke Johor Bahru.Suami ke destinasi lain.Emak dan ayah yang bergerak agak lambat dari Segamat kerana menghadiri kenduri di kampung.

....seronok kerana dapat berkumpul beramai-ramai di rumah adik ipar yang sedang membuat kerja-kerja 'renovation' rumahnya.

Pena Kasih: Dua minggu sekali akan datang ke JB membawa adik bertemu suaminya yang bekerja di JB.

Friday, January 29, 2010

PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 6







Program perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 merupakan salah satu program yang bertujuan untuk bertemu dengan ibu bapa murid yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.Selain dapat bertemu bual dengan guru-guru mata pelajaran,guru besar juga telah memberikan beberapa maklumat untuk ibu bapa supaya bersama-sama memberikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk memastikan pada tahun ini,kami dapat memperbaiki keputusan UPSR dan seterusnya menepati sasaran kami.

Namun, kami kecewa kerana kehadiran mereka tidak seperti yang dijangkakan.Mungkin ibu bapa mempunyai komitmen lain yang lebih penting.Kasihan anak-anak yang memerhatikan ibu bapa lain hadir sama memberikan perangsang kepada anak mereka.

Saya juga telah mengambi slot memaparkan keputusan peperiksaan bagi lima tahun kebelakangan dan diharap dengan paparan ini membuka minda murid-murid agar terus berusaha untuk memastikan pencapaian semua A dalam peperiksaan UPSR.Juga memberikan motivasi kepada semua murid adalah tidak mustahil untuk mencapai 5A.Yang penting rajin berusaha dan rajin bertanya .

Pena Kasih:Bukan senang hendak mengumpul ibua bapa.

MAJLIS PERSARAAN

















































Hari ini merupakan hari terakhir Encik Md Nor Haron bersama warga SKCC.Setelah hampir 8 tahun berkhidmat di sekolah ini, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk bersara ketika berusia 57 tahun.Jika tidak, beliau mempunyai satu tahun lagi untuk berkhidmat.

Seorang pekerja yang bukan sahaja rajin tetapi sering berusaha untuk memastikan sekolah indah dan ceria.Berminat kepada landskap dan beliau juga sering berusaha memohon apa sahaja bantuan untuk memastikan SKCC nampak bersih, kemas dan indah.Pokok-pokok yang ditanam di kawasan sekolah adalah atas insiatif beliau sendiri.Banyak pokok kelapa yang rendah dan buah mangga di tanam di kawasan sekolah.Setiap kali beliau ingin memohon benih pokok, sayalah orang yang menaip surat untuk dibawa bertemu dengan pihak-pihak tertentu.

Hari ini,warga SKCC kehilangan seorang pekerja yang ringan tulang.Sentiasa bersedia memberikan bantuan kepada semua guru.Mungkin beliau juga terasa kehilangan kami.
Di sekolah, kami telah mengadakan sedikit majlis untuk beliau bersama-sama dengan anak murid pada waktu pagi.Berucap dan seterusnya bersalam-salaman dengan anak-anak murid.

Jamuan untuk beliau sebenarnya diadakan pada waktu malam di Hotel VIP Segamat.Dengan kerjasama Kelab Bilik Guru yang diketuai oleh En Supian dan AJKnya telah mengambil keputusan untuk meraikan beliau di hotel tersebut.Berkumpullah kami pada malam tadi.Selain itu, kami juga meraikan kehadiran seorang guru baru iaitu Pn Lim SU Wan ke SKCC.Semoga beliau gembira berada bersama kami di SKCC.

Pena Kasih:Suatu hari, kita akan melalui juga zaman persaraan.GB very excited nak ambil gambar dengan saya.So,saya letakkan di blog gambar saya and GB.Tak pernah bergambar berdua-duaan dengan you,she said.

Thursday, January 28, 2010

KESEPIAN.......

Sepi, sunyi sewaktu melangkah masuk ke rumah.Sepi tiada teman berbicara.Sepi tiada teman bergurau senda.Begitu terasa tiada sapaan, hai......buat apa?Hanya kedengaran suara di corong phone bertanyakan sedang buat apa.

Malam.Tiada lampu menerangi bilik kerja.Jika tidak, sudah tentu bilik kerja berfungsi sehingga jam 2.00 pagi.Malam terjaga.Tiada TV menonton kami.Jika tidak TV sentiasa bersamanya memerhati ulitan mimpi yang indah.

Kesunyian, jelas dirasai oleh anak terunanya.Menghitung hari menanti kepulangan ayahnya.Menghitung hari untuk bercerita, bergurau bersama-sama dengan ayahnya.Tidak sabar untuk menanti kepulangan ayahnya.Tersenyum.Hanya tinggal sehari sahaja untuk menatap wajah ayahnya.

Malam.Jelas di wajahnya, keresahan, kerinduan.Tidak banyak berbicara.Hanya genangan air mata kelihatan di kelopak mata.
Teresak-esak mengiringi bacaan wiridnya .Sayu..................

Pena Kasih:Ya..terasa sunyi dan sepi.

Tuesday, January 26, 2010

TAHNIAH UNTUK TOKOH NILAM









Pencapaian yang memberangsangkan di awal tahun.Namun, terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada 3 orang pelajar SKCC yang membawa kejayaan kepada sekolah.Tahniah juga kepada Pn Salbiah yang bertungkus lumus untuk memastikan pelajar-pelajar SKCC menyertai Pertandingan Tokoh Nilam peringkat Daerah yang berlangsung di SMK Munsyi Ibrahim,Labis.

Untuk Adriana, Humairah dan Farzana kejayaan itu satu perangsang untuk kalian meneruskan cita-cita.Anda boleh melakukan sesuatu untuk diri sendiri, keluarga dan sekolah.Percubaan awal untuk kalian meneruskan kejayaan seterusnya.UPSR menanti kalian dan cikgu percaya yang kalian boleh melakukannya.Tahniah.........Tahniah........

Pena Kasih:Bangga melihat kejayaan anak murid.Bangga melihat guru-guru bertungkus lumus memastikan anak-anak murid menyertai sesuatu pertandingan yang diadakan.

KESUNYIAN..........


Walaupun my hubby seorang pendiam,tetapi apabila beliau tiada di rumah terasa sunyi.Bak kata Haziq,setiap hari kita mesti nak tengok wajah mama dan ayah.Kita akan risau jika tidak melihat wajah mama dan ayah.Apabila mendengar yang ayahnya "out-station' for a few days ni, lagilah risaunya.Risau tidak dapat menatap wajah ayahnya.

Saya pun terasa sunyi kerana kami memang sentiasa keluar bersama-sama.Rasa kekok jika ke bandar tanpa ditemani.Sememangnya, saya memang tidak pernah keluar keseorangan tanpa ditemani hubby.Sunyi tiada teman berbual-bual waktu malam sambi membuat kerja masing-masing.Tiada pakar rujuk untuk saya berbincang untuk menyelesaikan sesuatu kerja.........sunyinya.

Haziq lagi terasa kerana setiap malam dia akan bersama-sama dengan ayahnya membantu membuat kerja sekolah dan mengulangkaji pelajarannya.Dia juga akan pastikan, kami membaca kerana dia tidak mahu keseorangan membaca.Berita jam 8.00 malam dilupakan buat sementara dan menunggu berita tengah malam.

Haziq menjadi pendiam dan bergenang air mata selesai menunaikan solat asar.Dia memang jarang ditinggalkan oleh ayahnya berbanding dengan saya yang sedari kecil sering ditinggalkan kerana tuntutan kerja.Malam mengambil alih tugas ayahnya, menunggunya membuat ulangkaji.

Pena Kasih:Emak menggelar kami 'belangkas" kerana sentiasa bersama-sama ke mana-mana sahaja.


Monday, January 25, 2010

MINGGU PALING SIBUK.......








Minggu yang dianggap paling sibuk.Setiap petang,semua ketua panitia perlu menghadiri meeting panitia daerah buat kali pertama bagi sesi 2010.Nak mengemaskini fail-fail lagi dan dengan membuat ABM lagi.Wah.....wah sibuk sekali saya melihat guru-guru.Kasihan pun ada tapi apa boleh buat kerana itulah rutin kita setiap hari dan tahun.

Persiapan untuk majlis perjumpaan ibu bapa murid-murid tahun 6 yang akan diadakan pada hari Jumaat ini.Saya perlu membuat persiapan untuk slot saya iaitu paparan pencapaian UPSR dan program-program untuk murid-murid Tahun 6.Thanks kepada GPK HEM dan AJK yang turut sama dalam program ini.

Rasanya, semua guru sibuk.Hendak memantau guru-guru yang telah menjadi satu kewajipan kepada kami sebagai pentadbir.Semua guru telah diagihkan untuk dipantau mengikut tarikh yang ditetapkan.Apa-apapun semua guru adalah cemerlang.Mereka mampu melaksanakan tugas masing-masing.

Ada guru yang perlu ke luar daerah untuk kursus LINUS.Satu ilmu baru yang bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dan seterusnya mengurangkan peratus buta huruf di kalangan pelajar di sekolah.

Pena Kasih:Sesibuk manapun guru mereka tahu tugas masing-masing.

Saturday, January 23, 2010

CUTI SEKOLAH

Hari ini,kebanyakan sekolah telah bersekolah mengambil cuti ganti sempena Tahun Baru Cina.Namun, lebih kurang pukul 12.00 lebih tengah malam menerima 'message' daripada Tn Hj Sazali memaklumkan kepada kami as a pentadbir yang sekolah bercuti kerana kemangkatan Sultan Johor.

Namun, pagi ini saya perlu ke sekolah untuk memastikan tiada murid hadir kerana mungkin mereka tidak menerima maklumat.InsyaAllah bersama dengan guru besar akan berada di sekolah pada pagi ini.Deringan telefon dan sms diterima seawal jam 5.30 pagi lagi untuk mendapat pengesahan sebenar tentang cuti hari ini.

Sekolah

Seperti yang dijangkakan,ramai murid tidak menerima maklumat malah ada diantara mereka yang tidak mendapat kepastian sama ada sekolah atau tidak.Ramai murid yang hadir.Setelah dimaklumkan, masing-masing pulang ke rumah.Cikgu Ali turut hadir untuk menaikkan bendera Johor separuh tiang sebagai penghormatan di atas kemangkatan Sultan Johor.

Selepas semuanya selesai, saya bergerak pulang ke rumah dan hubby memaklumkan Kak Long akan balik hari ini untuk urusan perkahwinan anak perempuannya.

Pena Kasih:Terasa rakyat kehilangan Sultan yang berjiwa rakyat.

Friday, January 22, 2010

FACEBOOK

Mula-mula saya tidak jatuh cinta pada facebook.Akhirnya melalui FB saya dapat menemui rakan-rakan yang berpuluh -puluh tahun tidak ditemui.Rakan-rakan sewaktu di SK Bukit Hampar, SMK Canossian Convent, SMK Tinggi Segamat, Maktab Perguruan Kinta, USM dan akhirnya rakan-rakan yang pernah bersama-sama sewaktu bersekolah agama.

Saya jadikan FB sebagai salah satu usaha untuk menjejak rakan-rakan yang pernah bersama-sama sewaktu di sekolah rendah, menengah dan juga pengajian tinggi.Akhirnya saya bertemu juga mereka melalui alam maya ini.Bertemu semula dengan Rohana Mustafa, Haslina Hassan,NorAzian,Norwati,Haris, Intan dan ramai lagi.


Pena Kasih:Masih mencari rakan-rakan lagi.

ALOR GAJAH DESTINASI HARI INI.....





Melawat emak Ngah yang sakit dan kini dibawah jagaan anaknya di Melaka.Emak Ngah yang menghidap 'tumor' di kepala dan pernah mengalami pembedahan berberapa tahun yang lalu,kini tidak berapa sihat.Kadang-kadang emak ngah tidak ingat apa yang telah dilakukan.
Bersama emak, emak itam dan Mahathir, kami bertolak ke Alor Gajah melalui jalan Gemas.Sudah lama tidak ke rumah Paizah dan inilah buat kali ke dua kami ke sana.Syukur, kerana Allah permudahkan perjalanan kami dan kami tidak sesat.Almaklumlah, kadang-kadang apabila sudah lama tidak ke sesuatu tempat itu, sudah tentu banyak perubahannya dan akhirnya mulalah sesat.Tapi,kami nekad dan ingat-ingat lupa arah dan tempat itu.Alhamdulillah, kami akhirnya sampai ke destinasi dengan selamatnya.

Mak Ngah tidak sesihat seperti dahulu.Lebih banyak mendiamkan diri dan juga baring sahaja.Keadaannya begitu lemah.Mendoakan agar beliau sentiasa sihat.

Hampir 1 jam lebih kami berada di sana dan mengambil keputusan untuk balik.Sempat juga kami membawa emak dan emak saudara ke Mydin dan MITC di Ayer Keroh.Sempat jugalah cuci mata dan membeli beberapa helai kain pasang.Thanks hubby kerana belikan mama something yang sememangnya saya suka.

Pena Kasih:Lalu Bemban dan Jasin menuju ke Tangkak.Melihat suasana di pekan tersebut.Tidak mengantuk.


Thursday, January 21, 2010

IRIHATI




".........Uda,abang Ngah tak nak kawan dengan abang.Abang Ngah hanya kawan dengan Adif aja,"sambil teresak-esak menangis mendapatkan Udanya.Terdengkut-dengkut kakinya dan terus duduk dipangkuan Uda sambil mengadu yang abang Ngah tidak melayannya.Memberitahu Uda yang kakinya sakit kerana dibuat oleh abang Ngah.Menangis lagi sambil menunjukkan dagunya sakit kerana abang Ngah yang buat.Pelbagai cerita direka semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada kami berdua.

Akhirnya saya memujuk abang Ngah supaya mengambil Apiz dan melayannya.Tersenyum simpul apabila melihat abang Ngah mengambil dan meribanya.Itulah anak kecil yang mempunyai perasaan irihati kerana tidak dilayan.Biasalah budak-budak perlukan perhatian dan takut kasih sayang hilang kerana beralih kepada orang lain.Mereka rindukan kemanjaan dan belaian dan ingin berkongsi kasih dengan orang lain.

Bagi kami tiada istilah 'irihati' atas kebahagian orang lain.Suka melihat orang lain bahagia bersama pasangan masing-masing.Tidak sekelumit pun ada dalam hati untuk 'irihati'.Adakah mereka itu yang irihati dengan kebahagiaan kami?Susah senang kehidupan, kami lalui sendiri tanpa menyusahkan ibu bapa, tiada menyusahkan saudara mara, tiada menyusahkan orang lain atas kesenangan.Sebaliknya, kami usaha sendiri dan memajukan diri sendiri untuk mengecapi kehidupan.Kami tidak lupa kepada Allah.KepadaNyalah kami sentiasa memohon pertolongan, memohon doa agar dijauhi sifat irihati sesama manusia.Syukur, rezeki yang diberikan oleh Allah kepada kami dan anak-anak.Kepada ibu dan ayah, terima kasih kerana sentiasa mendoakan kebahagiaan kami.Bersama-sama menjaga anak kami.Ada mereka yang 'irihati' melihat anak-anak kami yang sentiasa bersama ayah.Terima kasih emak dan ayah yang tidak pernah mengukit sebarang pertolongan yang diberikan kepada kami apatah lagi menjaga anak-anak kami.Biarlah orang 'irihati' kepada kami sekeluarga tapi yang penting hati kita.Biarlah mereka'irihati' dengan apa yang kita miliki.

Pena Kasih: Mereka yang berselindung disebalik itulah yang sebenarnya 'irihati ' dengan kebahagiaan dan kesenangan kami.Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.









Wednesday, January 20, 2010

BERHATI-HATI

Kadang-kadang setiap pertuturan yang dilontarkan perlu berhati-hati.Setiap cerita yang didengar perlu diteliti supaya tidak timbul pelbagai andaian.Masing-masing boleh menerima satu cerita tetapi mempunyai perspektif yang berbeza-beza dan akhirnya cerita yang sebenar menjadi sebaliknya.

Sering diingatkan oleh suami agar lebih berhati-hati apabila berbicara kerana kadang-kadang apa yang kita bicarakan boleh disalah ertikan.Kadang-kadang terfikir juga kebenarannya seperti apa yang dikatakan oleh suami.Penerimaan seseorang dengan seseorang adalah berbeza.Mereka punya cara yang tersendiri untuk mentafsirkan apa yang kita cakap.

Pena Kasih:Perlu lebih berhati-hati........

Tuesday, January 19, 2010

AMALAN MEMBACA






Memupuk amalan membaca di kalangan murid-murid bukanlah sesuatu yang senang.Pelbagai usaha telah dilakukan agar mereka menyedari akan kepentingan membaca.Didapati, pemupukan amalan membaca di kalangan rakyat Malaysia juga amat sukar dilakukan.

Justeru, bagi menghidupkan amalan membaca di kalangan pelajar,pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan menyediakan pelbagai bahan yang menarik untuk mereka membaca.Ketua panitia dan juga Penyelaras Pusat Sumber telah berusaha memainkan peranan penting bagi memastikan semua murid melakukan sesuatu seawal pagi ke sekolah.Bagi tahap 1, semua murid berada di dalam kelas dengan dibantu oleh pengawas bagi memastikan mereka membaca.Bagi Tahap 2,mereka berhimpun di 'English Zone' dan membaca buku-buku yang diletakkan di atas meja.Setiap apa yang dibaca akan dicatat dan guru mata pelajaran BM dan BI akan menyemak kerja-kerja murid.

Sebenarnya amalan membaca bukan hanya di sekolah sahaja, malah ibu bapa juga memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak mereka minat membaca.Pelbagai kemudahan di sediakan di perpustakaan .Cuma anak-anak murid itu sendiri sahaja yang perlu mengubah sikap mereka sendiri.

Pena Kasih:Mengumpul majalah 'solusi'.Banyak info boleh didapati di situ.

Monday, January 18, 2010

SIHAT
























Kesihatan sihat, minda cerdas.Hari ini,SKCC mengadakan program "Menjaga Kesihatan' dengan mengadakan senaman aerobik.Kelihatan murid-murid ceria, wajah guru juga ceria.Menghilangkan 'stress' setelah dua minggu kembali ke sekolah.Pelbagai perkara yang perlu diselesaikan.

Justeru, program yang dikendalikan oleh Unit kokurikulum dan dikepalai oleh Cikgu Ekin mendapat sambutan daripada murid-murid.Mereka kelihatan begitu gembira.Guru-guru juga tidak melepaskan peluang bersama-sama dengan Ekin diiringi muzik.

Bukan senang untuk menjalankan program seperti ini.Sekali-kali, dapat juga menghilangkan 'stress' .

Pena Kasih:Sempat juga beraerobik sekejap.

KELAS TAMBAHAN

Usaha pihak sekolah untuk membantu murid-murid adalah satu usaha yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa.Kelas tambahan yang dijalankan pada pukul 1.30 petang dan berakhir jam 2.30 petang adalah untuk membantu mereka ke arah kecemerlangan dalam bidang akademik.Kelas yang dimulai dari tahun 4 sehingga 6 ini adalah salah satu program sekolah untuk memberi peluang kepada semua murid mengikutinya.

Kelas ini bermula pada minggu kedua lagi.Kehadiran mereka amat menggalakkan dan saya juga merupakan tenaga pengajar untuk kelas ini .Murid yang pernah saya ajar semasa di Tahun 3 dan kini saya hanya mengambil kelas tambahan sahaja.Seronok berjumpa dengan mereka dan mereka memahami apa yang saya inginkan sewaktu di kelas.Dalam jumlah yang kecil inilah, saya lebih rapat dan mendekati mereka serta melihat kelemahan mereka.

Pena Kasih:Sudah lama sebenarnya tidak mengajar tahap 2.

Saturday, January 16, 2010

KURSUS KEPIMPINAN





























Kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh Badan Disiplin sekolah adalah bertujuan untuk memberikan beberapa pendedahan kepada murid-murid dalam menerajui sesebuah organsisasi.Kursus yang dianggotai oleh Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, SPBT,Ketua darjah dan penolong merupakan salah satu agenda dalam takwim persekolahan.Pelantikan mereka berdasarkan keupayaan membantu dan memimpin sekolah setelah AJK Pemilihan bersetuju untuk memilih seseorang murid itu.

Kursus sehari ini diisikan dengan pelbagai maklumat yang bertujuan untuk membantu mereka memimpin sekolah dan seterusnya membantu pihak sekolah dalam sesuatu pengurusan.Memberi peluang kepada mereka untuk tampil ke hadapan dalam mengendalikan sesuatu majlis terutama perhimpunan pagi.Selain itu, mereka juga perlu menjalankan tugas seperti yang telah disusun agar bersama-sama membantu sekolah mengendalikan disiplin pelajar.

Bagi mereka yang bertugas di PSS, Pn Salbiah juga telah memberikan beberapa info untuk mereka mengendalikan PSS dengan sebaik mungkin.Sedikit sebanyak mereka tahu fungsi dan tugas sebagai Pengawas Pusat Sumber.

Begitu juga dengan SPBT yang diketuai oleh Pn Radziah adalah bertujuan untuk membantu guru SPBT dalam mengendalikan bilik BOSS dengan sebaik-baiknya.

Kursus yang berakhir pada pukul 12.00 tengah hari sedikit sebanyak memberi pendedahan awal kepada mereka dalam mengendalikan tugas dan seterusnya membantu guru-guru sekolah ini.Sememangnya mereka merupakan kanak-kanak dan perlu dimaklum dan diingatkan apatah kita sebagai guru yang sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.

Pena Kasih:Bukan senang untuk menerajui sesebuah organisasi .Perlu belajar dan belajar supaya mantap dalam bidang yang kita terajui.

Friday, January 15, 2010

PEJABAT



Bersama-sama dengan kak Ros di pejabat.Sempat berposing.

BAHAN TERBUANG








Petang tadi,saya dan hubby ke rumah Mak Usu untuk memasang penapis air Bio Aura.Memang sudah lama Mak Usu ingin memiliki penapis air tersebut.Setelah dimaklumkan oleh MIL,saya dan hubby terus ke Spang Loi mencuri sedikit masa untuk membuat pemasangan air tersebut.

Kemudian, kami singgah ke rumah atok.Menjengah dan bertanya khabar.Hubby yang sedari tadi saya lihat begitu asyik melihat hasil kerja tangan atoknya.Membelek-belek beberapa buah bakul yang dibuat daripada bahan terbuang iaitu kertas surat khabar.Kemudian,hubby meminta atok membuatnya.Atok yang baik hati mengajar hubby dan saya hanya memerhati sahaja.Hasil kerja tangan memerlukan kesabaran dan kerja-kerja yang halus.Atok lelaki yang duduk melihat isterinya mengajar hubby cara membuat bakul tidak berhenti-henti ketawa dan bercerita tentang keasyikan atok perempuan membuat bakul-bakul tersebut.

Hubby sempat juga meminta sebuah bakul untuk dijadikan hiasan di biliknya.

Pena Kasih:Teringat sewaktu hendak melangsungkan perkahwinan, bersama-sama dengan emak menyediakan sendiri bunga pahar .

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails