Sunday, May 15, 2011

16 MEI......


Gambar hiasan
Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan satu tarikh keramat bagi semua warga sekolah.Tarikh yang khusus untuk mengenang jasa dan pengorbanan guru sepanjang bergelar seorang pendidik.Setiap tahun, tarikh ini begitu bermakna bagi seorang guru yang pernah menjawat jawatan tersebut malah yang telah meninggalkan dunia profession tersebut .Satu-satu tarikh yang ada untuk meraikan hari guru.Bukan itu sahaja sepanjang bulan Mei ini, pelbagai perayaan diraikan.Antaranya Hari Buruh, Hari Ibu dan kini Hari Guru pula.

Walaupun pelbagai isu yang didengar berkait dengan profession perguruan tetapi guru tetap menjalankan tugas yang telah diamanahkan.Mereka yang begitu menyayangi profession tidak mudah putus asa dengan isu-isu yang keluar di media elektronik mahupun media massa.Mereka masih meneruskan profession tersebut dan menggalas tanggungjawab dengan baik.

Walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi tetapi mereka tidak menjadikan itu sebagai alasan utama sebaliknya akan berusaha untuk memastikan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi ia melibatkan sahsiah pelajar itu sendiri.

Selama hampir 20 tahun saya menceburi bidang ini , pelbagai onak dan duri yang dirasai.Kalau di luar mereka memandang profession ini begitu mudah tetapi sebenarnya ia tidak mudah yang disangka.Apabila melibatkan manusia, sudah tentu banyak yang perlu dijagai.Hati dan perasaan rakan sekerja mahupun ibu bapa juga perlu dijagai agar tidak mencetuskan sesuatu yang tidak baik.

Sesuai dengan arus kemajuan, pendidikan juga tidak lari daripada kemajuannya yang tersendiri.Sehubungan itu, tranformasi pendidikan dilakukan untuk memastikan pelajar kita tidak ketinggalan dalam pelbagai arus permodenan pada hari ini setanding dengan negara luar.Justeru, peranan guru bukan sahaja melahirkan pelajar yang cemerlang sahaja tetapi lebih daripada itu.Menggalas tanggungjawab yang diamanahkan tidak semudah diperkatakan tetapi apabila telah terjerumus dalam bidang pendidikan kita perlu menggalasnya dengan sebaik mungkin.Amanah itu penting.

Tanpa guru, siapalah kita hari ini.Walaupun profesional ini masih dipandang rendah oleh masyarakat pada hari ini, tetapi tiada guru, anak-anak kita tidak akan berjaya.Hargailah jasa guru.


PENA KASIH :Terima kasih guru kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya selama saya menimba ilmu walaupun sehingga kini, guru tetap menjadi rujukan saya.



No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails