Sunday, May 29, 2011

CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah selama dua minggu diisi dengan pelbagai aktiviti.Malah, setiap minggu ada saja majlis perkahwinan.Kad perkahwinan yang diterima juga banyak sehingga tidak tahu ke mana hendak pergi kalau jemputan satu hari sehingga lima.Yang dekat dan jauh juga diterima.


Minggu pertama cuti persekolahan diisi dengan program kelas tambahan untuk murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.Minggu kedua, kami memberi peluang kepada murid-murid untuk bercuti.Begitu juga dengan guru-guru.Mereka juga memerlukan rehat setelah bertungkus-lumus setiap hari dengan kelas tambahan.Kami tidak akan membebankan mereka.Yang penting mereka menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.


Begitu juga dengan anak murid.Biasalah kanak-kanak...mereka juga ada naluri untuk bersuka-ria bersama keluarga.Mengikut keluarga bercuti.Justeru saya telah berbincang dengan pihak pentadbir agar memberikan mereka cuti selama seminggu sahaja untuk bersama keluarga.Tidak mahu mereka tertekan sangat dengan akademik kerana mereka juga memerlukan masa rehat mereka sendiri.


Kami juga akan bercuti sambil menghantar sepupu melangsungkan majlis pernikahannya di Terengganu.Semoga Allah permudahkan perjalanan kami nanti.Kami akan ke Kuala Berang dan bergerak secara 'konvoi'.Emak dan ayah saya telah pergi ke sana semasa majlis pertunangan dan saya pertama kali ke Kuala Berang.Niat di hati untuk ke Kelantan tapi hubby ada kelas.So, destinasi kami hanya di Kuala Berang.InsyaAllah, kami akan ke Kelantan juga nanti.Kali ini, cuti hubby tidak sama dengan kami.So, perancangan cuti hanya untuk dua hari sahaja.Saya hanya akan bertugas pada minggu hadapan selama 3 hari sahaja.Kami telah mengagihkan cuti yang sama kepada pentadbir yang lain.So, mereka boleh merancang percutian bersama family.


PENA KASIH :Cuti yang diisi dengan aktiviti yang berfaedah.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails