Tuesday, May 31, 2011

INGIN LAGI....


Permintaan untuk membeli mainan tetap diteruskan.Semalam, Apiz dan Adif di bawah jagaan saya sementara my MIL menghadiri satu program Ibu di tempatnya.Mereka sungguh baik tinggal bersama saya kecuali melayani pertanyaan demi pertanyaan daripada mereka berdua.Yang seorang betah berbicara dan seorang lagi tidak faham butir bicaranya.




Saya buka televisyen, membiarkan dia asyik menonton rancangan yang diminatinya.Masih meneruskan misi pertanyaan demi pertanyaan sehinggalah kedua-duanya lena dibuai mimpi.Senang, just cakap tidur saja dan saya baring bersama-sama mereka.My son dan daughter tak ada di rumah kerana mengikuti datuk dan neneknya ke Melaka.Hampir sejam lebih juga mereka tidur.Bila bangun, terus mendapatkan saya.So cute and manja......




Si abang bila bangun terus memberitahu saya yang dia pening kepala.Lalu, saya letakkan tangan saya di dahinya.Panas.......kemudian,mulalah misi membebelnya meminta itu dan ini.Meminta saya ke bandar membelikan mainannya dengan menaiki kereta.Saya katakan saya tidak tahu memandu dan tunggu sehingga Uda Wanya balik.Dia tetap inginkan mainan 'transformer' yang kecil .Itulah yang sentiasa disebutnya sehinggalah Uda Wanya balik.




Kemudian, apabila Uda Wanya balik dia terus meminta Udanya ke bandar membelikan 'tranformer'yang menjadi idamannya sehingga kini belum dapat dimiliki.Mungkin itu membuatkan dia pening malah kata ayahnya sehingga terbawa-bawa dalam tidurnya.Penangan mainan sehingga menganggu perjalanan tidurnya.




Apabila mendengar ibunya sampai dan ingin mengambilnya, dia terus menangis dan tidak mahu mengikuti ibunya balik.Dia hendak tidur di rumah kami.Selagi permintaannya tidak ditunai, dia tidak akan balik........




So, selepas solat Maghrib, hubby terus membawanya ke kedai.Siap mengarahkan lagi kami masuk itu dan ini.Kemudian,meminta kami memberhentikan kereta di kedai' Abang Sayang'.Terus keluar dan memilih mainan yang diminatinya.Terus mengambil mainan dan selepas membayar kami beredar dan menghantarnya pulang.Tak sampai beberapa minit, mainan sudah tidak jadi mainan sebenarnya.Kemudian, terus merengek meminta mainan lain daripada ayahnya pula kerana mungkin mainan itu tidak menepati ciri yang sebenarnya.Itu pilihannya kerana kami tidak tahu kedai sebenarnya yang menjual mainan tersebut yang pernah dia nampak.............masih terus inginkan mainan lagi.




PENA KASIH:Pengaruh mainan di kalangan kanak-kanak...ingat semasa anak masih kecil,setiap bulan mainan merupakan tuntutannya tapi sehingga kini, mainan tersebut masih disimpan lagi...

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails