Peperiksaan setengah tahun telah bermula sejak 24 Mei dan berakhir pada 27 Mei.Setelah hampir 5 bulan lebih mereka bersekolah dan mempelajari sesuatu sepanjang tempoh tersebut.Menguji kemahiran yang dipelajari dan melihat sejauh mana pemahaman mereka sepanjang tempoh tersebut.
Kesemua kertas untuk subjek saya telah selesai saya tanda.Mungkin ada sedikit kekecewaan kerana mereka mengambil mudah sahaja dengan soalan yang begitu senang.Mereka tidak mahu langsung untuk membaca petikan dan memahami apa yang dibaca.Akhirnya ada di antara mereka gagal menjawab dengan baik.
Kalau kita lihat pada hari, rata-rata mereka tidak berminat untuk membaca.Walaupun disuruh oleh ibu bapa, tapi anak -anak mengambil sikap mudah sahaja.Malah ada di antara ibu bapa yang menangis berjumpa dengan saya menceritakan perihal anak mereka.Tidak tahu hendak buat apa lagi kerana sikap anak mereka.Sebagai guru, kami hanya dapat menasihati dan memberikan motivasi sahaja.Saya selalu ingatkan mereka supaya baca petikan berulang kali tapi mereka tetap dengan sikap mereka sendiri.
Apabila saya maklumkan tentang cara mereka menjawab....semuanya terdiam.Bila ditanya senang, tapi kerana senang itulah mereka menjawab tanpa perlu membaca soalan.Mereka tidak peka dengan arahan soalan.Saya juga lihat ada perbezaan yang nyata antara murid yang banyak membaca dengan yang kurang membaca.Dari struktur ayat yang dibina sunguh baik dan penyambungan cerita dari satu cerita ke satu cerita sungguh berkesan sekali.Namun, tidak ramai yang berbuat demikian walaupun dibantu dengan patah-patah perkataan.
Pena Kasih:Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak didik.
No comments:
Post a Comment