Wednesday, May 25, 2011

ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Diam tidak diam, sudah 20 tahun kami melayari bahtera rumahtangga.Alhamdulillah,bersyukur teramat sangat kerana dapat melayarinya dengan baik.Yang pastinya,saling faham-memahami, bertolak-ansur dan berbincang antara satu sama lain serta kejujuran amat penting dalam kehidupan rumahtangga.Apabila rasa tidak puas hati,kita perlu duduk berbincang dan mencari apakah kelemahan yang ada dalam diri kita menyebabkan pasangan kita tidak suka.Kita buangkan sifat/sikap yang tidak disukai olehnya.


Kita juga perlu buangkan sikap ego yang kita miliki.Bohonglah kalau kita katakan, dalam rumahtangga tidak ada berlaku perselisihan faham.Kita adalah manusia yang tidak semuanya sempurna.Mungkin dengan tindakan kita boleh menyebabkan pasangan kita terguris.Kita perlu perbetulkan semua itu agar tidak berlanjutan.


Alhadmulillah, kami dapat mengatasi segalanya dengan baik.Jangan sesekali kita membelakangkan apa jua tindakan kita daripada pasangan kita.Saya lebih suka perbincangan dan kata sepakat daripada mengambil keputusan tanpa persetujuan.Sememangnya saya lebih pentingkan kejujuran dan saling percaya-mempercayai antara satu sama lain.Kalau kejujuran itu dinodai.... sukar untuk saya mempercayainya.Begitu juga dengan anak-anak, saya lebih suka mereka bersikap jujur dengan ibu bapa sendiri.Sekali mereka membohongi saya, saya sukar untuk mempercayainya.


Saya sebenarnya tidak mengingati tarikh pernikahan kami, sehinggalah hubby memaklumkan.Kami mempunyai dua majlis yang berlainan tarikhnya iaitu bulan Mei, majlis pernikahan dan bulan Oktober majlis persandingan kami.So, kedua-dua tarikh itu kami raikan sebagai mengenang ikatan perkahwinan kami.


PENA KASIH:Semoga ikatan perkahwinan ini akan terus berkekalan.....Amin.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails