Sunday, January 8, 2012

KUNJUNGAN APIZ DAN ADIF




.



Semalam bersembang dengan Apiz di dalam kereta.Semua ketawa mendengar keletah Apiz bercakap seperti orang tua....sungguh bijak. Uda Wanya memaklumkan kepada Apiz yang dia ada beli ipad lantas dan sudah tentunya dia begitu teruja untuk melihat ipad seperti yang diperkatakan.

Lantas dia merenggek-renggek untuk datang ke rumah kami.Sedangkan sewaktu itu kami masih dalam perjalanan pulang dari Nilai. Pagi lagi sewaktu kami ke pasar, dia menelefon untuk datang ke rumah.Lalu kami mengambilnya terlebih dahulu.Bersama Adif, kami membawanya ke pasar.Apa lagi riuhlah mulutnya kerana membawanya ke pasar yang dikatakan tidak tahan dengan bau di pasar.Terjengkit-jengkit kakinya menahan kegelian tapi tidak Adif yang begitu bersahaja.

Di dalam kereta, Adif memanggil saya " Da...Da....sakit sambil menunjukkan ke arah pinggangnya.Lalu saya menyelak bajunya dan ada bintik merah yang mengandungi air.Mungkin inilah yang dikatakan 'chicken pox'.Apiz juga menunjukkan kemerah-merahan di badannya. Lalu hubby menelefon Anie memaklumkan yang kedua-dua anaknya terkena 'chicken pox'.Kebetulan Anie menjemput emak di Batu Anam dan pulangnya singgah di rumah saya. Kami memintanya menunggu sebentar sementara saya menyiapkan makanan tengah hari.Menu yang simple sahaja kerana begitu pantas saya menyiapkan masakan tersebut kerana Anie n Aman akan bekerja 'shif petang'.Saya hanya masak ikan baung ,masak lemak udang dan peria, goreng ayam.

Apiz tidak mahu mengikut emak dan ayahnya pulang.Dia hendak tinggal di rumah kami dan pada waktu malam kami akan menghantar Apiz pulang ke ioi.Uda Wanya hendak membawanya ke KipMart sebagai janji.....sebabnya dia menyebut kenapa kami tidak membawanya ke Melaka mahu pun Batu Pahat. Waktu Asar, abang Ngehnya membawa dia ke masjid.Hasratnya untuk mengikut abang Ngehnya sembahyang di masjid.Kalau dia di sini, abang Ngehnya selalu membawa dia ke masjid.Siap dengan kopiah yang diberi oleh emak mertua sewaktu ke Mekah dahulu.

PENA KASIH : Sentiasa mendoakan untuk anak saudara kedua-dua belah pihak....

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails