Friday, January 13, 2012

KURANG SOPAN..,,...

Mungkin menggunakan bahasa yang kurang sopan sudah menjadi satu habit kepada remaja hari ini.Namun tidak semua remaja melontarkan kata-kata kurang sopan.Apabila emosi gagal dikawal,akhirnya terluncurlah perkataan yang tidak sepatutnya dilahirkan di kalangan remaja.Walaupun dianggap gurauan tetapi tidak semua orang boleh menerima gurauan dengan kata-kata yang kurang sopan.

Kadang-kadang apabila membaca fb, saya terkejut dengan luahan kata-kata yang kurang sopan.Mereka gagal untuk mengawal emosi sehingga munculkan perkataan yang kurang enak didengar.Membodoh-bodohkan kawan mahupun saudara-mara.Akhirnya akan rasa tersinggung dikalangan masing-masing.

Saya pernah menegur anak murid saya sendiri kerana saya begitu terkilan dengan penggunaan bahasa kepada rakan-rakan.Dia menerima teguran dan meminta maaf dan berjanji tidak akan melontarkan kata-kata seperti itu.Sebab itulah saya katakan kerana terlalu mengikut emosi,akhirnya gagal mengawal kata-kata dan muncullah perkataan yang sememangnya jelik sekali untuk didengar.

Saya selalu berpesan dengan anak-anak,andaikata mama terdengar perkataan yang kurang sopan diluncurkan dari mulut,akan menerina habuannya.Biar orang melontarkan kata-kata kurang sopan kepada kita tetapi jangan sekali kita melontarkan kata-kata itu kepada orang lain.

PENA KASIH:

Masih terngiang-ngiang di telinga ini.....

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails