Saturday, January 28, 2012

BERSENDIRIAN....


Kasihan Along......bersendirian di Perlis dan hanya bertemankan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak.Apabila mengambil keputusan untuk ke Perlis menghantar keretanya, hubby tidak benarkan dia balik ke kampung kerana kepenatan berulang-alik dengan perjalanan yang jauh.

Setiap masa, saya akan sentiasa menghubunginya.Bertanya khabar dan itulah rutin saya.Walaupun mungkin jemu dengan persoalan yang sama tapi sudah cukup puas untuk berinteraksi bersamanya.

3 hari 2 malam saya bersama dengannya di Perlis.Membawanya bersiar-siar sebelum meninggalkan dia keseorangan nun jauh di utara.Malamnya kami berbual-bual dan nasihat-menasihati kerana kehidupan ini penuh dengan cabaran dan godaan.Hanya kekuatan iman sahaja yang mampu menangkis segala-galanya.

Cabaran kehidupan di waktu remaja memang kuat.Semua orang mengalaminya dan saya juga tidak terkecuali.Namun,saya katakan yang penting diri kita sendiri untuk menempuhi cabaran tersebut.Mungkin pengalaman kita menjadikan kita lebih berhati-hati dan mengingati antara satu sama lain.Dia akur......

PENA KASIH:

Diari perjalanan kehidupanku di waktu remaja masih tersimpan kemas......

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails