Wednesday, November 30, 2011

MINGGU BERTUGAS...

Semalam menghadiri satu taklimat berkaitan dengan GSM (Guru dan Staf bermasalah) mewakili guru besar yang kini bercuti di China.......
Hari ini ke sekolah menyiapkan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran untuk tahun 2012.Cuti yang tidak cuti.......Tapi kalau kita rasa komitmen kita kepada kerja..semuanya itu tidak menjadi masalah.

Agak tergendala sedikit kerja pada hari ini kerana masalah line internet yang tidak dapat gara-gara mengemas pejabat pada minggu lepas.Bila dah dicabut wayar sana dan sini...biasalah mesti ada yang tidak tahu di mana perlu dicucuk.Akhirnya saya terpaksa membuat kerja-kerja lain sedangkan hasrat untuk menyiapkan SKPM 2003 dan SKPM 2010.Akhrinya,saya siapkan di rumah sahaja.Macam-macam yang perlu diisi.Cuaca yang tidak menentu pada minggu lepas, membuatkan semua fail dan barangan penting diletakkan di tempat yang tinggi.Sukarnya untuk mencari fail apabila barangan semua telah dikemaskan.

Bilik saya lagilah kosong.Yang ada hanya meja dan kerusi.Rasa tidak selesa dan kurang mood untuk menyiapkan kerja.......bila melihat bilik yang tidak ceria.
Hari ini juga sempat menampal keputusan UPSR di papan kenyataan.Alhamdulilah selesai satu kerja saya.

Esok pula akan menghadiri satu lagi taklimat berkaitan dengan kewangan,juga mewakili guru besar.Bab ni kurang minat sedikit.....tapi perlu menghadirinya.Saya memang tidak suka duduk secara statik lama-lama.Mula bosan .
Nak buat macamana nanti kena juga terangkan dengan guru besar apa yang saya perolehi selama dua hari.......Tapi itu semua sebenarnya ilmu yang perlu kita tahu apabila sudah berada di bahagian pentadbiran....

Pena Kasih : Menggali ilmu untuk diri sendiri....

Tuesday, November 29, 2011

BUDI BAHASA TIDAK MENGIRA BANGSA

Budi bahasa tidak mengira bangsa...

Teringat pula sewaktu kami berhasrat untuk singgah di Masjid di Putrajaya,hubby singgah sebentar di stesen petrol dengan tujuan untuk mengisi minyak.Sebelum tu, puas juga mencari stesen minyak yang terletak di Precinct 8.Almaklumlah bukan selalu kami ke situ....kadang-kadang pernah nampak stesen tapi tidak ingat di Precint mana......

Selepas mengisi minyak , kami terus bergerak ke destinasi kami iaitu Masjid Putrajaya.Semasa perjalanan, kami terlihat sebuah kereta mengejar kami sambil memberitahu...pon..pon berdasarkan daripada gerak mulut dia.Kami tidak menghiraukan dengan isyarat yang ditunjukkan......sebabnya bila teringatkan pelbagai perkara yang boleh terjadi apabila kami memberhentikan kereta dengan arahan yang diberikan....so,kami abaikan apa yang diperkatakan.Apatah lagi apabila melihat orang yang memberi isyarat itu bukannya penduduk tempatan kita.Lagilah kami berasa takut....
Namun begitu, semakin laju kami memandu, semakin cepat pula dia mengejar kami dan terus memberikan isyarat yang sama....saya pun pelik juga.Lalu, saya mengintai ke arah tangki mingak...SubhanaAllah...rupa-rupanya hubby terlupa untuk menutup tangki minyak...Kami tersalah sangka rupanya.Begitu murni hasrat pemuda 'negro' tersebut.Cuma kami sahaja yang terlalu takut dengan apa yang didengar selama ini.Lalu,hubby mengangkat tangan kepada pemuda tersebut menandakan terima kasih......Akhirnya, pemuda tersebut mengangkat tangan dan meneruskan perjalanannya.

Sebelum itu ,seorang pemuda cina bertanyakan kepada kami arah ke Precinct 11......Mereka ingatkan kami tahu jalan tersebut.......So, saya maklumkan kepada mereka yang kami bukan orang sini...lalu ucapan terima kasih diucapkan kepada kami.

PENA KASIH :Begitulah budi bahasa tidak mengira bangsa.........



JALAN-JALAN KE MELAKA PULA...







Tiba-tiba hubby mengambil keputusan mengajak kami ke Melaka sebaik sahaja mengambil saya dari taklimat Guru dan Staf bermasalah di PPD.
Hasratnya untuk mencari laptop bagi menggantikan laptopnya yang rosak akibat skrinnya rosak kerana dengan tidak sengaja ditekan oleh anak lelaki saya.Leterannya tidak panjang.......

Sepanjang perjalanan,sempat saya membaca novel pilihan sehingga habis.Sepanjang perjalanan itu juga,hujan turun dengan lebat dan kami ternampak satu kemalangan jalan raya di lebuh raya.Mungkin kereta itu terbabas lalu terbakar.Api menjulang tinggi.Namun, kami tidak tahu apa terjadi kepada penumpang di dalam kereta tersebut.Keadaan jalan yang licin, memungkinkan segala-galanya berlaku. So, berhati-hatilah sewaktu memandu....

Kami meneruskan perjalanan dalam keadaan hujan yang lebat.....hubby terus membawa kami ke Masjid Selat Melaka...Sungguh cantik masjid tersebut di kelilingi laut......

Sebenarnya penat juga jalan-jalan ni.......semalam ke Kl hari ini ke Melaka pula........Sambil tu bawa anak jalan-jalan sekali.

PENA KASIH :Banyak tempat yang menarik di Melaka....



Monday, November 28, 2011

JALAN LAGI......

Di manapun berada...gambar tetap diambil....

Apalah hubby ni....tengah syok bercakap pun diambilnya.........cuti-cuti pun ada orang calling..calling...


Setelah menghadiri kenduri-kendara, kami bersepakat untuk pergi ke Kuala Lumpur pada hari ini,sempena cuti Awal Muharam.
Biasalah tempat pertama yang kami tujui ialah 'Masjid India'.Kali ini, saya membawa emak bersama-sama dengan adik.Jalan-jalan cuci mata dan juga meronda-ronda Kuala Lumpur.

Kami melepak di situ selama hampir 3 jam.Hasrat hati untuk ke Genting tidak kesampaian kerana hubby tidak mahu pergi sebab Along n Dila tidak mengikuti kami.So,terlepas peluang untuk pergi ke sana.Sudah puas memujuk mereka untuk ikut sama tapi Along tidak dapat bersama kerana belajar memandu..........Rupa-rupanya dia sudah tahu memandu kereta tapi tidak mempunyai lesen........

Kemudian,kami ke Putrajaya.Bersolat di sana sebelum mengambil keputusan ke Alamanda. Lebih kurang 2 jam di sana, kami bergerak pulang melalui jalan Tangkak .

Sempat lagi singgah di MPH..apalagi buku menjadi pilihan utama.Hubby dengan buku-buku keagamaan dan saya dengan novel pilihan......Emak hanya menggeleng kepala melihat gelagat kami berdua......


PENA KASIH : Pergi kosong....balik penuh dengan barang..Gila-gila bila dah bershopping.

Sunday, November 27, 2011

MACAM-MACAM CERITA.....




Sebentuk cincin disarungkan di jari...tanda ikatan antara dua hati

Pihak lelaki serba merah......


Menunggu pihak lelaki.....

sempat lagi Along bergambar...tolong-tolonglah ya.....ringankan tangan tu...

Sempat lagi berposing ke......



Nasi minyak anak-beranak




Bersama hubby dan Along ....rewang.

Tahniah Yanie....

Yanie merupakan anak mak Usu yang kedua.Alhamdulillah,hari ini selamat melansungkan majlis pertunangan dengan orang Segamat juga.
Bila sudah mengadakan majlis pertunangan sudah tentu kami anak-beranak, adik-beradik tidak membiarkan majlis itu begitu sahaja.Sebaliknya, kami bersepakat ,berganding-bahu bersama-sama membantu keluarga Mak Usu.

Soal memasak memang tidak menjadi masalah.Alhamdulillah,kami anak-beranak bersepakat memasak sendiri.Masakan nasi minyak, ayam masak merah, daging masak kurma dan acar darat sudah cukup untuk dijamukan kepada para tetamu.Kuih-muih juga di 'sponser' oleh saudara-mara.

Sekali lagi syukur kepadaMu kerana majlis berlangsung dengan lancar apatah lagi keredupan cuaca menyambut ketibaan keluarga sebelah lelaki.Biasalah, kalau ada majlis yang melibatkan anak saudara, mereka akan memanggil ayah untuk mengetuai atau menggepalai sesuatu majlis itu.

Dua hari berturut-turut ke rumah Mak Usu.Membantu meringankan kerja-kerjanya.Syukur kerana mendapat suami yang tidak terlalu berkira setiap kali saya ingin menolong saudara.Janji kerja-kerja rumah disiapkan sebelum meninggalkan rumah.

Hubby juga meluangkan masa ke rumah Mak Usu.Membantu Pak Usu memotong daging dan membersihkan ayam dengan dibantu my cousins.Apabila kerjanya sudah beres, hubby menolong kami memotong bawang.Majlis semakin meriah dengan gurau-senda antara adik-beradik mahupun anak saudara.


Bola sepak

Hari ini berpeluang lagi menonton bola sepak.Perlawanan antara Malaysia dan Bahrin.Memang sejak akhir-akhir ini, pantang sekali apabila mendengar pemain Malaysia bermain.Kami tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Walaupun Malaysia diperingkat awal telah berjaya mendahului pasukan Bahrin tetapi kita hanya merancang dan menjangkakan Malaysia akan menguasai perlawanan tersebut.Tapi apakan daya.....akhirnya Malaysia kecundang hanya dalam masa 6 minit sahaja,kita terpaksa akur yang Bahrin lebih hebat daripada Malaysia.Rezeki tidak menyebelahi Malaysia.Namun,kesungguhan pemain Malaysia beraksi dengan pemain-pemain yang ramai cedera perlu diucapkan tahniah.Mungkin itu satu faktor yang membawa kepada kekalahan Malaysia.Apapun orang hendak kata....Malaysia tetap boleh.

PENA KASIH:Sentiasa menyokong.....

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH

Alhamdulillah,hari ini kita masih berpeluang untuk menyambut Maal Hijrah.Memperingati dan menghayati penghijrahan Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah dan mengubah senario umat Islam daripada terus ditindas sehingga menjadikan umat Islam yang kuat, gagah dan mampu memerintah dan mentadbir.

Begitu juga dengan kita yang perlu berani menerima tranformasi bagi membangunkan sesebuah negara agar tidak terus ketinggalan.Bukan itu sahaja, diri kita perlu juga ditanamkan dengan satu penghijrahan daripada keburukan kepada kebaikan,daripada takut kepada menjadi seorang yang berani.Daripada kurangnya amalan, perlu dipertingkatkan amalan kita.

Sesuatu penghijrahan yang ingin dilakukan memerlukan kekuatan dari dalam diri kita.Kita sendiri yang mencorak dan merencanakan kehidupan diri kita dan tidak terlalu memikirkan apa yang diperkatakan oleh orang lain.Kita perlu ada prinsip kehidupan sendiri.

Pena Kasih :Semoga penghijrahan mendapat keredhaan dan keberkatan daripadaNYa....


Friday, November 25, 2011

KEMAS LAGI...




Malam tadi hujan turun agak lebat juga.Saya terjaga lebih kurang pukul 1.40 pagi dan cuaca begitu sejuk sekali.
Mata agak sukar untuk dilelapkan.KepadaMu,ya Allah, aku bersyukur kerana terjaga di waktu tengah malam.Lantas, terus mengambil wuduk.Sebak sungguh tatkala kesunyiaan,sepi.......Memohon keredhaan daripadaMu, Ya Allah.....

Seusai semuanya, terus melelapkan mata.Alhamdulillah...masih diberi peluang lagi untuk menjenguk bumi nan indah ini.

Kemudian ,ke sekolah sekali lagi.Tujuan satu iaitu mengemas bilik sendiri.Mengangkat meja, kerusi dan semua fail yang penting dibawa balik.Tidak mahu peristiwa lama berulang buat kali keduanya.
Kini, lebih berjaga-jaga dan berhati-hati.Semuanya disumbatkan ke dalam bonet kereta.Ke mana-mana dibawa....

Terasa letihnya.Kudrat ini tidak sekuat ketika usia 30an.Namun,semangat begitu kental membuatkan segala keletihan dilupakan.Akhirnya bilik saya hanya ditinggalkan meja sahaja dan kerusi plastik.Semoga Allah permudahkan segala urusan saya.InsyaAllah...
PENA KASIH :Lega sedikit melihat semua barang sudah dikemaskan.....

Wednesday, November 23, 2011

TEWAS..

Sekali lagi, saya bersama keluarga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan antara Malaysia dengan Syria.Kali ini tidak seperti perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia untuk merebut pingat emas Sea Games.Debaran menantikan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia agak berlainan kali ini.Saya lebih bersahaja aje.

Tidak terlalu mengharapkan kemenangan kerana sudah pastinya pemain Harimau Malaya nampak keletihannya.Kehebatan bermain tidak seperti bermain dengan Indonesia.Mungkin terlalu letih.Walaupun tewas, pujian seharusnya diberikan kepada 'Apek' kerana berjaya menyelamat serangan demi serangan daripada Syria.Begitu juga dengan pemain-pemain lain yang begitu bersungguh-sungguh bermain tetapi tidak menyebelahi Malaysia.

Walaupun Syria menguasai permainan seharusnya pujian diberikan kepada semua pemain kerana berjaya mengawal permainan dengan baik sekali.

PENA KASIH :Sudah mula jatuh hati dengan permainan bola sepak....

Tuesday, November 22, 2011

SYUKUR.......

Terperanjat...

Sedang saya menyiapkan kerja sekolah sambil melayan fb..tiba-tiba deringan telefon berbunyi.Lebih kurang jam 11.00 lebih.Panggilan memaklumkan my cousin accident di Maybank.Tidak bertanya apa-apa dan terus mengikut emak n ayah ke sana.

Sampai sahaja di Maybank terus mencari kereta my cousin.....tiada.Rupa-rupa di seberang kanan.Alhamdulillah, itulah cetusan dari mulut saya apabila melihat Mak Itam dan her son berdiri sambil menunggu kehadiran kami.Yang penting keselamatan diri.

Saya terus keluar dari kereta dan menuju ke arahnya.Hanya kereta sahaja yang agak teruk sedikit.Mak Itam masih menggigil kerana terperanjat dan tanpa disedari memarahi seorang gadis yang melanggar kereta anaknya.Si gadis tidak mampu untuk bersuara kerana terlalu terkejut.Terkejut kerana keretanya agak teruk.Puncanya kerana dia membuat U-turn di tempat yang tidak sepatutnya tanpa menyedari kehadiran kereta my cousin.

Jalan penyelesaian ialah mereka membuat 'report' di 'police-traffic'.Saya mengekorinya tapi tidak bersama-sama di situ kerana bapa saudara saya menemaninya.Namun, saya bersyukur kerana kedua-duanya selamat.

PENA KASIH : Apabila undang-undang jalan raya dilanggar......

Monday, November 21, 2011

TAHNIAH...MALAYSIA BOLEH




Perlawanan sengit.

Malam tadi, saya luangkan masa untuk bersama-sama menonton televisyen,Menyaksikan pertandingan bola sepak merebut pingat emas yang ke 59 untuk Malaysia sempena Sea Games yang kini berlangsung di Indonesia.

Alhamdulillah, Malaysia mampu menawan Indonesia walaupun bermain hampir 4 jam.Satu perlawanan yang begitu sengit membuktikan kehebatan Malaysia dalam arena bola sepak.Gandingan ke sebelasan pemain bersama-sama dengan penjaga gol ,Khairul Fahmi yang sememangnya dari awal perlawanan membuktikan kecekapannya menangkis serangan demi serangan daripada pihak lawan.Tahniah...Khairul Fahmi.Begitu juga dengan pemain-pemain lain yang begitu bersemangat bermain walaupun serangan demi serangan bertalu-talu daripada pihak lawan.Permainan yang begitu sengit dikirakan kerana tiada ruang untuk mereka melengah-lengahkan perlawanan.Syabas Malaysia....Anda Boleh melakukannya.

Tertarik...

Mula tertarik untuk menyaksikan setiap kali Malaysia beraksi dalam perlawanan bola sepak apabila melihat ketangkasan dan kecekapan penjaga gol,Khairul Fahmi menangkap bola dan mengawal kemasukkan bola ke pintu gol.Sejak itu, saya tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan bola sepak.

Gusar..

Mula-mula agak gusar juga kerana Indonesia telah berjaya menembusi tembok pertahanan seawal 5 minit perlawanan pertama bermula tapi detik hati ini percaya yang Malaysia mampu memenangi pingat emas kali ini selepas di Laos.Kegusaran terubat apabila tandukan pertama oleh Asarudin Putera Omar menyamai gol lawan membuktikan Malaysia mampu mengatasi pihak lawan yang dianggap begitu gerun sekali.Akhirnya,Malaysia menang dengan sepakan penaliti terakhir oleh Badrol Bakhtiar yang akhirnya meremuk hati rakyat Indonesia.

Kata Semangat...

Menyaksikan wajah Ong Kim Swee di luar padang seolah-olah turut juga rasa tertekan kerana rata-rata rakyat Malaysia mahukan anak buahnya bermain dengan bersungguh-sungguh dan menghasilkan sesuatu yang membanggakan rakyat Malaysia.Namun,kegelisahan terubat apabila anak buahnya dapat membenamkan Indonesia dengan kemenangan 4-3 menerusi tendangan penalti. Syabas...sekali lagi.

PENA KASIH :Peminat Allahyarham Mokhtar Dahari........

Sunday, November 20, 2011

CORETAN PERTAMAKU.....

Alhamdulillah,buat pertama kalinya hasil penulisan saya akan kedengaran di corong radio.

Ada tiga lagi hasil penulisan yang kini dalam proses untuk dieditkan.Mungkin akan dihantar ke majalah atau media elektronik .Gara-gara cabaran yang diterima daripada hubby membuatkan saya begitu bersemangat untuk menulis tapi perlu diedit oleh hubby untuk tatapan umum.

Sebenarnya minat untuk menulis telah lama tapi saya jadikan pengalaman diri sendiri mahupun persekitaran yang berlaku menjadikan idea itu mencurah-curah setiap kali saya mengetuk jari ke 'keyboard'.Idea itu hadir ketika saya kepenatan dan sukar untuk tidur.

Saya menerima mesej bahawa penulisan saya akan disiarkan pada minggu hadapan.Thanks to hubby kerana banyak membantu saya mengedit penulisan saya yang ada kalanya tunggang -langgang bahasanya tapi masih terkawal.....

Kisah pengalaman hidup sebenarnya memudahkan kita untuk menulis.Kita hidup dalam senario mengikut edaran zaman.Banyak sebenarnya yang boleh kita tulis tapi sudah tentu bukan senang juga idea itu hadir tatkala kita begitu beria-ia untuk menulis.......mengikut mood agaknya.

Perjalanan hidup kita tidak semuanya indah.Namun, dalam kita ingin mengecapi kebahagiaan sudah tentu ada onak dan duri yang perlu kita harungi.Namun,ada kalanya cerita itu diubah suai agar tidak ada yang tersinggung perasaan,terasa dengan apa yang ditulis.Kadang-kadang,kita perlu terima hakikat bahawa kehidupan yang kita lalui akan dilalui juga oleh orang lain.Manisnya kehidupan itu adalah bergantung kepada kita sendiri yang mencorak perjalanan kehidupan kita.Pahitnya kehidupan itu adalah pengalaman hidup yang perlu kita renungi dan bermuhasabah diri........Tidak semua kehidupan itu indah.

PENA KASIH :Tidak sabar menantikan kehadiran cetusan tulisan buat pertama kalinya.....



Saturday, November 19, 2011

TETAP BEGITU....

Air......masalah lagi.Kasihan makcik-makcik yang tidak tahu untuk mengadu kepada sesiapa.Air tangki kekeringan...merungut kerana setiap hari tiada air.Dua bulan dahulu tiada masalah langsung mengenai air malah boleh dikatakan talian SAJ sukar untuk menerima 'complain' daripada kami yang tinggal di KGG.Kini,saban hari, deringan telefon sentiasa ada untuk menerima aduan entah ke berapa kali.

Masih seperti dahulu.....

Setiap aduan diterima tapi tindakan hanya setakat itu sahaja.Yang datang hanya mencari punca ketiadaan air tapi tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya.Habis-habis dijawab...saya pun tidak tahu bagaimana boleh terjadi seperti ini....nanti kita akan cuba cari.Tapi hasilannya tetap seperti itu.

Marah....

Itulah sifat yang ada pada diri kita....Mudah melenting tapi sebagai pengguna kita berhak untuk menyuarakan pandangan dan pendapat.Mewakili penduduk kampung, membantu mereka yang tidak tahu kepada siapa untuk mengadu.Tapi, kita yang menerima habuan bersabar sahaja.Itulah manusia........Sampai bila kita hendak menunggu kesudahannya.

Tindak-tanduk...

Tiada siapa pun suka membuat aduan...apatah lagi untuk menyentuh kerja-kerja individu.Masing-masing tahu tugas masing-masing dan kita pun tidak mahu ambil pusing dengan kerja seseorang itu.Pastinya jika ada masalah , kita berhak untuk menyuara apa yang tidak puas hati.Dan sebagai sebuah organisasi yang memberikan perkhidmatan kepada orang awam sepatutnya bersedia untuk menerima aduan dengan berhemah dan mereka yang menjalankan kerja sepatutnya bersedia menjalankan tugas yang sememangnya tugas kita dengan baik tanpa ada sebarang tindak-tanduk yang menunjukkan rasa tidak puas hati dengan aduan yang diterima.

Saya suka perkhidmatan telekom...mereka hadir ke rumah dan mencari punca sebaik mungkin jika sesuatu talian itu tidak baik dan mengganggu kemudahan perkhidmatan yang diberikan.Mereka hadir dengan cara berhemah dan memberikan respon yang baik serta berkomunikasi dengan berkesan tanpa menunjukkan tindak tanduk yang tidak puas hati.Mereka menerima aduan dengan baik......
Syabas telekom....


Terbiar..

Timbunan tanah dibiarkan begitu sahaja.Kita tidak marahpun membiarkan timbunan begitu sahaja dan kesannya kepada kita.Tapi sebagai pengguna, kita melakukannya secara diam.Mengalihkan tanah yang terbiar begitu sahaja...air hujan yang membawa arus tanah-tanah yang kotor akan memasuki kawasan rumah.Kami tidak merungut dan membuat 'complain'.Lakukan sendirian sahaja.

Surat...

Kami bukanlah orang yang suka melayangkan surat kepada pihak tertentu untuk menyingkap setiap apa yang berlaku.Malah, kami diminta untuk menghantar surat kepada pihak tertentu oleh sipenerima aduan.Hendak hantar kepada menteri....oooo kami tidak semudah itu untuk memaklumkan sampai ke peringkat atas tapi cukup sekadar menyelesaikan masalah di peringkat bawah.Jalan terbaik berbincang dan kita tidak mahu merosakkan imej sesebuah organisasi itu.

Realitinya.....

Kita akan lihat bagaimana kesudahannya........kita biarkan ia mencari punca sehingga segalanya selesai....

PENA KASIH: Sebenarnya tidak suka membuat aduan........tapi kalau berlarutan lebih baik kita maklumkan sebelum menjadi parah....

Friday, November 18, 2011

SUDAH BERSEDIA.....





Lawatan PPD ke sekolah di akhir sesi persekolahan.

Tujuannya murni untuk memastikan segala kelengkapan untuk sesi 2012 dapat disempurnakan dengan baik.Pelbagai soalan ditanyakan kepada saya terutama berkaitan dengan kemudahan pelajar-pelajar sekolah ini seperti meja dan kerusi, buku teks dan sebagainya.

Dek kerana kesibukan dengan urusan UPSR dan juga borang pemantauan yang lambat sampai ke sekolah membuatkan saya tidak menyiapkan seperti yang dikehendaki tetapi atas sebab kesibukan itu, pegawai PPD hanya menemuduga saya dan segala maklumat dihantar pada hari yang sama.Alhamdulillah, semuanya beres.

Mereka sibuk mengemas.....

Anak murid sendiri memahami akan situasi sekolah yang sering dilanda banjir.Mereka turut sama membantu guru-guru dan pekerja mengangkat barangan ke tempat yang tinggi.Mereka dididik agar tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bersama-sama membantu pihak sekolah menyelamatkan harta-benda mahupun dokumen yang penting.

Walaupun mereka masih kanak-kanak lagi, tapi rasa untuk membantu guru itu ada dalam diri mereka.Mereka ringan tulang even murid darjah satu .Mereka semuanya bertungkus-lumus membantu guru mengemas buku-buku dan meja serta kerusi .Mereka tahu kepenatan yang dialami apabila banjir surut....

PENA KASIH:Terasa kepenatannya lagi sewaktu sekolah dilanda banjir yang teruk......

SALAM PERPISAHAN.....










Perpisahan itu tetap terjadi.

Malamnya diadakan majlis perpisahan dan juga jamuan akhir tahun bagi sesi 2011.Perpisahan Puan Maha kerana berpindah ke Kulai untuk bersama-sama dengan suaminya.Hampir satu tahun lebih berada di SKCC dan merupakan guru Bahasa Inggeris yang begitu komitmen pada tugas.Begitu singkat mengenalinya tapi sedih kerana kami kehilangan guru yang begitu dedikasi dengan tugasan yang diberikan.Kami tiada mempunyai masalah dengan beliau kerana setiap kerja yang diberikan akan siap mengikut ketetapan yang diberikan.Seorang guru yang ringan tulang tidak pernah menolak kerja yang diberikan.

Apa pun acara atau majlis yang diadakan, dia tetap bersama-sama.Contohnya ketika sekolah mengadakan solat hajat, beliau tetap bersama bagi menyediakan makan minum pelajar.Seorang guru yang sentiasa ceria.........

Semoga Puan Maha berbahagia bersama suami tercinta......tidak perlu berulang-alik untuk ke Kulai setiap hujung minggu bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.







Salam perpisahan mengakhiri sesi persekolahan pada tahun ini.
Begitu sayu sekali untuk mereka melangkah pergi meninggalkan alam persekolahan rendah.Begitu sukar untuk mereka melepaskan rakan-rakan yang pernah bersama-sama selama 6 tahun.Gurau-senda,merajuk, bergaduh tapi berakhir dengan air mata....begitu erat sekali perhubungan mereka tanpa mengira kaum dan agama.

Saya lihat dari kejauhan.Bibit-bibit rasa cintakan rakan dan juga sekolah sudah mulai sebati dalam diri mereka di saat untuk melangkah pergi meninggalkan perkarangan sekolah.Deringan loceng tidak dihiraukan sebaliknya mereka terus berpelukan seolah-olah tidak mahu melepaskan rakan mereka.Tapi apakan daya....mereka harus melangkah pergi meninggalkan nostalgia yang begitu mengusik jiwa mereka.Sentuhan rasa sedih menyelubungi perkarangan Zone English.Kami biarkan mereka melepaskan rasa sedih di situ....biarlah ia menjadi kenangan manis untuk dikenang.Sukar untuk mengembalikan nostalgia itu.....hanya memori sahaja yang mampu menyingkap kembali kisah kehidupan mereka sepanjang di sekolah rendah.

Di saat mereka ingin melangkah pergi, ada insan yang begitu prihatin dengan kejayaan anak didik sekolah ini.Bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada semua pelajar yang memperolehi A dalam setiap mata pelajaran.Mulianya hati insan ini.Sebagai perangsang dan motivasi kepada diri pelajar.

PENA KASIH : Sayu hati melihat wajah-wajah pelajar ini yang pernah menjadi anak didik saya.......

Thursday, November 17, 2011

BERAKHIRNYA DEBARAN


Sebahagian daripada pelajar bersama ibu bapa masing-masing


Resah di pagi hari...keputusan UPSR akan diumumkan pada hari ini.Debaran bukan sahaja dirasai oleh anak-anak didik yang menunggu keputusan tetapi guru juga tidak terkecuali.Makan dan minum tidak lalu.Pelbagai persoalan di fikiran ini.Adakah sekolah ini mampu untuk mengekalkan keputusan atau sebaliknya atau berapakah peratus kelulusan dan GPS yang bakal diperolehi.Masing-masing menunggu dengan penuh debaran.

Kesibukan di pagi hari melupakan keresahan buat seketika.Namun, saya masih ternanti-nantikan SMS daripada boss yang ketika itu berada di PPD untuk mengambil keputusan UPSR.
Akhirnya, saya tinggalkan kerja-kerja akhir sebelum cuti sekolah untuk bersama-sama dengan pelajar tahun 6 yang mengadakan jamuan perpisahan.Terima kasih kepada cik Wan dan anak murid yang mengundang semua guru untuk menikmati jamuan.

Saya tidak lama berada bersama mereka kerana ke pejabat untuk mendapatkan maklumat mengenai keputusan peperiksaan.

Wajah guru besar ceria dan mengucapkan tahniah kepada saya.Tahniah kerana keputusan pada tahun ini baik dengan peratus kelulusan 95.45% dengan 6 orang daripada 22 mendapat 5A serta GPS 1.76 .GPS kali ini kurang baik daripada tahun lepas dengan 1.65 tetapi peratusnya melonjak daripada 80% ke 95.45%.Satu pencapaian yang terbaik dengan peratus cemerlang 27%.Satu perkhabaran berita yang baik kerana pada tahun ini kami bekerja keras untuk memastikan keputusan yang terbaik untuk sekolah dan pelajar itu sendiri.Bukan senang sebenarnya untuk memastikan kedua-dua keputusan, peratus dan GPS pada tahap yang cemerlang.Namun, tahniah kepada semua guru khususnya guru tahun 6 yang banyak memainkan peranan penting bagi memastikan setiap subjek mengekalkan peratus terbaik.Begitu juga dengan guru pendamping yang banyak membantu murid-murid yang lemah.

PENA KASIH :Satu pencapaian yang terbaik.Tahniah buat bos dan semua guru.

Tuesday, November 15, 2011

HAKA 2011





Tarian Sumazau oleh tiga orang adik-beradik.....from Sabah




Kemuncak di penghujung persekolahan berakhir dengan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik(HAKA) pada hari ini.Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sekali apatah lagi diselang-selikan dengan persembahan daripada anak-anak didik sekolah ini.

Semua sekolah sebenarnya akan menjadikan HAKA ini sebagai penutup program persekolahan di hujung tahun.Anugerah yang diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik sama ada untuk kedudukan di kelas mahupun mata pelajaran.Di sinilah kita dapat melihat keupayaan pelajar-pelajar dalam bidang akademik.Mereka yang tidak berjaya memperoleh hadiah tidak bermakna mereka tidak pandai tetapi ada lagi rakan-rakan mereka yang lebih pandai.Namun, mereka sebenarnya tidak perlu berputus asa sebalik jadikan ini sebagai satu semangat untuk terus belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

HAKA kali ini hanya dirasmikan oleh Encik Ayob bin Dom iaitu Yang dipertua PIBG sekolah ini.Majlis yang bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.45 petang.Kerjasama yang diberikan oleh semua guru dalam menjaya dan memastikan HAKA berjalan dengan lancar begitu baik sekali.Mereka bekerja tanpa mengira masa,tenaga dan wang ringgit.Dari pagi sehingga petang untuk memastikan agar HAKA kali ini dapat dilaksanakan seperti yang diharapkan oleh boss.

Apa yang menariknya kali ini, AJK HAKA menghidangkan persembahan tarian sahaja.Tarian Sumazau, Tarian Kipas, Tarian Tradisional India, Ala Barat dan juga persembahan 'chicken dance' daripada pelajar-pelajar tahun 1.Namun, apa yang penting ialah penghargaan kepada murid-murid yang berjaya dalam bidang akademik mahupun sahsiah diri itu yang menjadi matlamat utama.Hampir setahun mereka berada di sekolah, akhirnya di penghujung tahun pencapaian mereka menjadi landasan untuk melihat kemampuan mereka memahami setiap kemahiran yang diajar.Tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang.

PENA KASIH:Gembira melihat kejayaan anak didik.......

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails