Perkhabaran berita mengatakan tok mok dimasukkan ke hospital diterima petang tadi.Walaupun badan saya tidak berapa sihat digagahi juga melawat tok mok bersama hubby.Sudah empat hari tok mok dimasukkan ke hospital tapi baru hari ini kami mendapat beritanya.
Suasana di wad sahaja pada hari ini agak sibuk kerana terlalu ramai pesakit yang dimasukkan ke hospital.Malah, katil biasa yang diletakkan secara sistematik tidak cukup untuk menempatkan para pesakit sebaliknya tambahan katil diperlukan,
Dalam keadaan yang lemah dan saya tidak memerhatikan keadaan sekeliling sehinggalah saya disapa oleh seorang penduduk kampung.Sempat lagi saya menziarahi penduduk kampung yang sudah tujuh hari berada di hospital.Saya terus menuju ke tempat nenek tersebut dan bersalam dengannya.Lalu dia terus bangun dan memegang tangan saya tanpa sebarang kata.Mungkin dia ingatkan cucunya yang hadir.Dia seolah -olah menantikan kehadiran cucunya.Usianya yang sudah lanjut dan keadaan yang agak uzur membuatkan hati saya sebak....
Lebih kurang 45 minit saya berada di hospital dan meminta izin untuk balik kerana keadaan saya yang kurang selesa.Rasa hendak jatuh pun ada apabila berdiri terlalu lama.
PENA KASIH :Mendoakan tok mok cepat sembuh.....

No comments:
Post a Comment