Menerima berita kematian suami seorang sahabat baikku ketika di bangku sekolah rendah sehingga di sekolah emnengah amat menyayukan hati ini.Itupun sudah terlewat aku kira menerima berita itu ketika keinginan aku hendak ke bandar bersama emak.Aku lihat di kawasan perumahan begitu banyak kereta sehinggalah ke tanah perkuburan Kg Berata.Hati aku mula sudah tidak sedap sahaja.Lalu aku memberhentikan kereta dan bertanya dengan salah seorang budak di kawasan itu.
"Dik,nak tumpang tanya, siapakah yang meninggal ?'
Lantas dijawabnya abang Man.Aku masih meneruskan pertanyaan dan akhirnya terjawab.Memang benar, Edah kini kehilngan orang yang tersayang.DI saat umat Islam hendak menyambut Hari Raya Aidil-Adha.Sudah tentu,sayunya hati.
Aku tidak dapat berjumpa dengan Edah kerana semuanya sudah ke tanah perkuburan.InsyaAllah, aku akan berjumpa dengan dia dalam masa yang terdekat ini.Menyampaikan salam takziah daripada rakan-rakan yang mengenalinya.
Aku harap Edah tabah menghadapi dugaan dalam kehidupannya.Sukar untuk menerima tapi itulah realitinya yang hidup pasti akan menemuiNya juga suatu hari nanti.AL-Fatihah untuk Allahyarham Azman bin Abdullah.
PENA KASIH:
Jika kita sayang insan yang disayangi, Allah lebih menyayanginya.
No comments:
Post a Comment