Buat pertama kalinya program pembangunan 1M1S khususnya sukan gimrama diadakan kursus pada tahun ini.Pendedahan awal kepada semua guru PJ dan juga murid-murid sekolah rendah dan menengah.Klinik gimrama ini diadakan selama dua hari iaitu pada 12 dan 13 Oktober di SJK(C) Li Chi yang dihadiri sebanyak 10 buah sekolah dan murid-muridnya 43 orang sahaja.
Sekolah saya telah diberi amanah untuk mengelolakan klinik gimrama dan seramai 2 orang jurulatih dari Muar dan Batu Pahat telah dipanggil untuk membantu menjayakan klinik ini.Sekolah saya yang telah diagihkan tugas kepada semua guru telah dapat melaksanakan tugas dengan baik.
Saya sendiri hadir pada hari Sabtu sahaja kerana komitmen kepada tugasan lain yang melibatkan tugas saya sendiri.Seawal jam 7.00 lebih saya sudah berada di sana.Membantu apa yang patut dan melihat pengurusan klinik tersebut.
Setelah semuanya selesai barulah kami beransur pulang.Sememangnya di akhir-akhir persekolahan pelbagai program diadakan. Penat tapi menyeronokkan...
PENA KASIH:
Membantu apa yang patut...
No comments:
Post a Comment