Monday, February 8, 2010

SAKIT....

Sewaktu saya berada di rumah adik ipar, Along menelefon memaklumkan yang ayah sakit perut.
Puas dipujuk agar pergi ke klinik namun ayah bertegas tidak mahu pergi.Bila mendengar ayah sakit, mulalah saya tidak berasa tenteram dan mengajak hubby balik .

Ayah masih tidak mahu ke klinik.Lalu saya mengambil minyak dan menyapu di keseluruhan badannya.Sempat saya berseloroh dengan emak:"Mak, ni kerja mak tolong urutkan ayah.Tersenyum mak mendengar seloroh saya.Mungkin dia segan."Saya mengambil masa selama 20 minit mengurut ayah.Selepas agak lega,saya kembali semula ke rumah.

Pagi lagi, saya menelefon ayah bertanyakan khabar.Jawapannya o.k dan meminta dia pergi ke klinik atau hospital.Ayah memang susah untuk mendapatkan rawatan di hospital.Perasaan takut tetap ada pada dirinya.Lebih kurang pukul 11.00 lebih, saya menelefonnya dari sekolah bertanyakan perkembangannya.Ayah memberikan jawapan yang positif dan agak melegakan saya.

Pena Kasih:Sentiasa mendoakan agar emak dan ayah sihat selalu.

1 comment:

zm.azami said...

Asalam,

Di daoakan semoga Tok Muda sentiasa sehat dan waalafiat.

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails