Friday, August 6, 2010

SEJUKNYA HATI MAMA....................

Seperti biasa,hari Jumaat saya akan balik agak lewat dari sekolah.Jam 2.00 petang barulah meninggalkan perkarangan sekolah setelah semua murid POL balik.Selama 2 jam lebih berada di sekolah, banyak juga kerja yang dapat dibereskan.

Hari ini juga saya menerima panggilan telefon daripada nazir sekolah yang akan melawat ke sekolah pada minggu hadapan selama dua hari.Setelah memaklumkan kepada semua guru akan kehadiran pihak nazir ke sekolah, saya telah memastikan semua fail dan juga jadual untuk dipantau oleh nazir.

Setelah semua murid meninggalkan perkarangan sekolah, saya menunggu pula kehadiran suami dan anak untuk mengambil saya.Biasalah, malas untuk memandu kereta.My boy telah menyuarakan hasrat hatinya untuk menyuruh ayahnya membaiki basikalnya yang telah lama terbiar dan rosak.Ayahnya berjanji akan membaikinya.Hasrat itu diluahkan kerana katanya,ramadhan hampir tiba dan kita hendak bersolat di masjid.Syukur alhamdulillah itulah luahan dari hatinya sendiri tanpa dipaksa.Adik, nak tahu sejuk hati mama pada hari ini mendengar luahan anak mama.Niat murni untuk mengerjakan solat di masjid.

Mulai bulan Ramadhan , kita hendak pergi ke masjid dengan menunggang basikal walaupun sebenarnya saya tahu dia ingin seperti kawannya memiliki sebuah motosikal.Lalu saya menyampuk, adik ikut Tok Yah bersolat di masjid apabila tiba waktu asar, maghrib dan Isyak jika tidak keuzuran.Kita hendak pergi sendiri dengan menunggang basikal.Mama hendak adik lakukan sebagaimana apa yang dituturkan dan bukannya hangat-hangat tahi ayam sahaja.Tersenyum dia, apabila saya menyebut perkataan tersebut.

Bulan Ramadhan ini adik gunakanlah sebaik mungkin dengan pengisian yang berfaedah.Berdoalah kepada Allah dan semasa sujud doa dan pintalah apa yang adik hendak kerana Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya.Selain berdoa, adik perlu juga berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana PMR hampir tiba.Setiap hari, mama sentiasa mendoakan agar anak-anak mama menjadi manusia yang baik, mendengar kata-kata ibu bapa dan yang pastinya mama selalu mendoakan agar kalian tidak lupa kepada Allah.

Untuk memiliki sebuah motosikal itu bukanlah menjadi keutamaan walaupun rakan-rakan adik mentertawakan adik kerana tidak pandai menunggang motosikal.Mama tahu adik pernah menunggang motosikal tetapi adik perlu fikir kenapa ayah tidak membenarkan adik memiliki motosikal.Kasih sayang seorang ibu dan ayah ..................perlu adik fahami.

Pena Kasih:Teringat belajar menunggang motosikal terus termasuk di celah-celah pokok pisang.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails