Pemantauan LINUS telah dijalankan pada hari ini.Seramai tiga orang pegawai dari PPD telah datang untuk melihat perjalanan kelas LINUS.Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik apatah lagi kami sememangnya telah menempatkan guru yang berpengalaman dalam mengendalikan kelas Tahun 1.
Sememangnya tugas untuk mengendalikan kelas Tahun 1 bukanlah semudah seperti yang dijangkakan.Dengan latar belakang dan sosio-ekonomi yang berbeza sudah tentu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk mengawal mereka.Mereka masih seperti 'childish'.Masih menganggap berada dalam alam tadika lagi walaupun telah hampir 8 bulan berada di alam sekolah yang sebenarnya.Namun, seperti yang dikatakan,guru yang berpengalaman dan berkaliber serta mempunyai nilai-nilai kesabaran amat penting untuk menangani pelbagai masalah yang timbul sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Justeru, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan licin, kawalan kelas amat penting.Bagi memastikan agar berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif,guru-guru perlu memastikan murid telah bersedia untuk mengikuti pembelajaran.Pengalaman mengajar di tahun 1 amat menarik tetapi ada kalanya menguji tahap kesabaran kita.Ia menjadi seronok, jika semua murid kelas itu dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis serta mengira apabila sampai di hujung tahun.Tiada yang paling menggembirakan hati seorang guru apabila melihat anak didik mereka berjaya dan mampu mencapai tahap yang dikehendaki.
Saya percaya, guru-guru SKCC mampu melaksanakan tugas dengan baik dan semua guru telah berusaha untuk memastikan anak didik mereka berjaya.
Pena Kasih:Tahniah diucapkan kepada Pn Norlela dan Pn Lim yang telah menunjukkan komitmen yang baik dalam melaksanakan tugasnya.
No comments:
Post a Comment