Sunday, August 1, 2010

NILAI KASIH SAYANG


Sudah hampir dua minggu, Along berada di perantauan.Menuntut ilmu.Pelbagai kata nasihat diberikan agar ia sentiasa lekat di mindanya.Melepaskan anak perempuan nun jauh di utara sudah tentu membimbangkan.Itulah hakikatnya.Zaman sekarang tidak seperti zaman dahulu.

Keresahan dan kegelisahan memang tidak dinafikan.Masih bermain-main difikiran ini apakah yang sedang dibuatnya?Setiap hari, lebih daripada dua kali menghantar mesej.Subuh,tengah hari, petang dan malam sentiasa mengingatkannya.Mengingatkannya menunaikan solat, menggaji dan menjaga maruah sendiri dan keluarga.

Tidak itu juga, saya sentiasa mengingatkan agar menjaga makan dan minum agar tidak sakit kerana kesibukkan.Kalau keluar ke bandar, mengingatkannya agar keluar beramai-ramai dan maklumkan kepada mama sekiranya keluar.Itulah nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anak sama ada anak perempuan mahupun anak lelaki.

Setiap kali berinteraksi,saya sering mengingatkan agar sentiasa menjaga disiplin diri terutama kerja-kerja kursus yang diberikan.Tidak faham berbincang dan bertanya kepada pensyarah.Setakat ini, saya memang tidak lupa mengingatkan dirinya supaya tidak menangguhkan kerja-kerja kursus yang diberikan.

Bila sudah berminat dengan kerjaya guru teruskan perjuangan sebagai pendidik yang cemerlang.

Pena Kasih:Sentiasa ingat-mengingati.Yang pastinya....dia bertambah ceria di sana.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails