Tuesday, August 10, 2010

SEBAGAI PANDUAN

Lawatan nazir ke sekolah sejak hari Isnin dan Selasa untuk pemantauan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.Perjumpaan kali pertama bersama semua GPK dan juga KP mata pelajaran serta Guru Besar adalah untuk memaklumkan tujuan asalnya adalah untuk menjalankan 'core-business'nya sebagai seorang nazir.

Pertemuan secara ringkas dan singkat untuk kami membuat persediaan keperluan yang hendak dipantau terutama berkaitan dengan dokumen-dokumen panitia dan alhamdulillah kami dapat menyediakannya.Mungkin ada kekurangan dan kelemahan daripada pihak sekolah kerana semenjak saya bertugas di sekolah ini,boleh dikira berapa kali pihak nazir datang memantau.Kalau datang hanyalah untuk memantau guru cemerlang dan guru besar cemerlang sahaja.Kehadiran Tn Hj, sekurang-kurangnya memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada pihak pengurusan untuk membaiki kelemahan yang ada.

Saya tertarik dengan cara pihak nazir menegur secara berhemah tanpa mengguris perasaan sesiapa dan secara tidak langsung sedikit sebanyak memberi semangat kepada kami untuk membaiki kelemahan yang ada.Sebagai pihak pentadbir, saya akui juga banyak yang perlu saya pelajari terutama berkaitan dengan pengurusan kurikulum.

Alhamdulillah,hanya sedikit sahaja yang perlu kami betulkan kerana semua dokumen dan maklumat telah kami sediakan sebaik mungkin.
Seramai tiga orang guru telah dipantau pengajaran dan pembelajaran mereka.Pihak nazir begitu berpuas hati dengan pengajaran guru-guru tersebut dan saya sendiri akui mereka yang sebelum ini dipantau oleh kami, dapat melaksanakan P & P dengan baik.Tahniah .

Saya akui, sesibuk manapun pengorbanan guru amat dihargai.Mereka sebenarnya tidak berkira dan merungut apatlah lagi mengeluarkan duit kocek sendiri semata-mata untuk memastikan anak didik berjaya.Kalau kelas tambahan, murid-murid dikenakan bayaran amat rendah sekali jika dibandingkan dengan sekolah lain .Guru-guru saling bekerjasama dan tidak berkira soal-soal kewangan kerana diakui sekolah berstatuskan bantuan modal sudah tentu banyak kekurangannya jika dibandingkan dengan sekolah kerajaan.Namun,bukan itu menjadi keutamaan tetapi yang penting niat kita untuk membantu murid-murid sekolah ini.

Pena Kasih: "kita perlu berhati-hati dengan kawan sendiri kerana kadang-kadang kawan sendiri yang makan kawan sendiri"..............terlalu dalam makna penuh simbolik.

No comments:

LinkWithin



Related Posts with Thumbnails